Siakap Keli
Gambar: AFP

Ini Gambar Sebelum & Terkini Keadaan Gaza Selepas Gencatan Senjata

Ini Gambar Sebelum & Terkini Keadaan Gaza Selepas Gencatan Senjata

Seperti yang diketahui, hari ini 19 Januari 2025, penduduk Gaza dibenarkan pulang ke kampung halaman selepas persetujuan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Sudah tentu ia merupakan satu momen yang dirindui oleh warga di sana selepas 15 bulan tidak menjejakkan kaki di kampung halaman masing-masing, selepas lokasi berkenaan menjadi medan perang sejak Oktober 2023 lalu.

Susulan itu, portal berita RTE News dalam satu hantaran di X mengeluarkan imej satelit, keadaan terkini geografi Gaza selepas serangan tanpa henti Israel.

keadaan sebelum selepas gaza
Gamnbar: RTE News
Gambar: RTE News
Gambar: RTE News

https://x.com/rtenews/status/1879961659655221380?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1879961659655221380%7Ctwgr%5E9f8830611e746fcfe21533d09db013a269edd8af%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Fini-keadaan-terkini-gaza-menyambut-semula-kepulangan-warganya%2F

Gaza Tak Ubah Seperti Kota Debu

Menerusi klip tersebut, memaparkan pemandangan bumi Gaza selepas perang yang berlarutan lebih setahun itu, tak ubah seperti kota debu.

Lebih-lebih lagi hanya sisa runtuhan bangunan sahaja kelihatan di persekitaran, impak daripada serangan Israel.

Semalam, Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.

“Seperti yang telah diselaraskan oleh pihak-pihak dalam perjanjian dan para perantara, gencatan senjata di Gaza akan bermula pada 8.30 pagi Ahad, 19 Jan waktu tempatan di Gaza,” menurut Jurucakap Kementerian Majed Al-Ansari menerusi hantaran di platform X.

Beliau turut menasihatkan penduduk agar mengambil langkah berjaga-jaga, berhati-hati dan menunggu arahan daripada sumber rasmi.

Qatar mengumumkan perjanjian gencatan senjata tiga fasa pada Rabu sebagai usaha menamatkan lebih 15 bulan serangan maut Israel di Gaza, dengan gencatan senjata dijadualkan bermula pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, sejak 7 Oktober 2023, hampir 46,900 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 110,600 lagi cedera akibat perang.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap pada November terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Sumber: RTE News

BACA: Gencatan Senjata Gaza Bermula 8.30 Pagi Ahad – Qatar

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.