Siakap Keli
Johor 'Piala Dunia'
Gambar: Johor Southern Tigers

Johor Bakal Anjur ‘Piala Dunia’

Johor Bakal Anjur ‘Piala Dunia’

Johor terus mencipta sejarah apabila Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bakal menjadi pentas Kejohanan Piala Dunia Pempengaruh 2025 yang bakal diadakan buat julung kalinya pada September ini, petik Stadium Astro.

Perkara itu dikongsikan oleh Johor Southern Tigers menerusi akaun Facebook rasminya.

Pengumuman ini secara tidak langsung menghangatkan lagi arena bola sepak tempatan, apatah lagi kojohanan ini membuka peluang Malaysia bertemu dengan pasukan handalan dunia.

Dalam klip tersebut memaparkan 8 negara seperti Argentina, Sepanyol, Perancis, Mexico, England, Chile, Colombia termasuk Malaysia terlibat dalam pertandingan sulung itu.

Penglibatan negara di pentas sebesar ini sudah tentunya akan membuka mata dunia terutamanya untuk pempengaruh serata dunia.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/pfbid0RPmVuYCJcmNYJeaTbMf2Je25rLq3JmB73ixdRZgBeXDGhudzKf3TBJhfaoNMTF8Dl

JDT lakar sejarah rekod kemenangan ke-29 berturut-turut

Sebelum ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi melakar sejarah dengan merekodkan kemenangan ke-29 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak 24 Jun 2022 selepas menewaskan Sabah FC.

Kemenangan yang dicatatkan di gelanggang keramat mereka SSI, menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super musim ini.

JDT, menerusi kenyataan di laman Facebook kelab itu memaklumkan bahawa kejayaan tersebut sekaligus memecahkan rekod sendiri yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records’ pada 19 Julai 2019, iaitu kemenangan berterusan paling banyak, sebanyak 28 perlawanan.

Pada 2019, sebuah media tempatan melaporkan media JDT mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya pasukan dalam negara yang berjaya menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menjuarai Liga Super selama enam kali berturut-turut.

Skuad Harimau Selatan itu mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, bermula tahun 2013 hingga 2017 dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan liga pada musim 2016.

Sumber: Facebook Johor Southern Tigers, Stadium Astro

BACA: Anak Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor Meninggal Dunia

BACA: Gencatan Senjata Gaza Bermula 8.30 Pagi Ahad – Qatar

BACA:Polis Tembak Mati Tiga Lelaki Disyaki Samun, Curi Kenderaan

BACA: Tiga Ditahan Susulan Kes Pukul OKU Di Pasar Tani

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: