Pemain Thailand, Theerathon Bunmathan Terima Hukuman Berat AFC
Kapten Buriram United dan bintang bola sepak Thailand, Theerathon Bunmathan, dikenakan hukuman berat oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) susulan tindakan tidak masuk akal terhadap pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.
Insiden itu berlaku semasa perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) antara JDT dan Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, bulan lalu.
Theerathon dilayangkan kad merah selepas teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesan dia memicit kemaluan Arif Aiman, menyebabkan pemain tuan rumah itu terbaring kesakitan.
https://x.com/zulhelmizainal1/status/1864703578621006100?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1864703578621006100%7Ctwgr%5E7cf264a86493b7fe2114cd1d009521b0a018c49f%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.stadiumastro.com%2Fbola-sepak%2Fpicit-kemaluan-arif-aiman-theerathon-bunmathan-terima-hukuman-berat-afc-281063
Media Thailand melaporkan bahawa bekas kapten pasukan kebangsaan mereka itu dijatuhkan hukuman denda sebanyak USD2,000 (RM9,006) oleh AFC.
Selain itu, dia turut dikenakan penggantungan tambahan dua perlawanan, menjadikan jumlah keseluruhan penggantungannya kepada tiga perlawanan.
Akibat hukuman ini, pemain pertahanan berpengalaman berusia 35 tahun itu akan terlepas dua perlawanan penting Buriram United dalam Liga Timur ACLE.
Untuk info, Buriram United dijadualkan bakal menentang Ulsan Hyundai pada 12 Februari dan Gwangju pada 18 Februari.
Dalam saingan Liga Timur ACLE ketika ini, Buriram United berada di tangga kelapan dengan lapan mata.
Sementara itu, JDT berada di tangga keenam dengan jumlah mata yang sama dalam liga yang dianggotai 12 pasukan tersebut.
BACA: ACLE: Arif Aiman Di Tangga Kedua Dalam Senarai Penjaring Terbanyak, Atasi Ronaldo
BACA: Ini Nilai Pasaran Semasa Pemain Bola Sepak Malaysia, Arif Aiman
BACA: Arif Aiman ‘Diserang’ Penyokong Iran
Sumber: Stadium Astro