Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Bayar QR duit tak masuk
Kredit: TikTok @sarahcybersec

Bayar Pakai QR Tapi Duit Tak Masuk, Korang ‘Wajib’ Tahu Benda Ni

Hannah

Bayar Pakai QR Tapi Duit Tak Masuk, Korang ‘Wajib’ Tahu Benda Ni

Zaman sekarang, semuanya berada di hujung jari.

Nak buat bayaran pun semakin mudah dengan kemudahan QR code yang tersedia di hampir setiap kedai.

Apa yang diperlukan hanyalah telefon bimbit untuk scan QR code dan membuat pembayaran.

Namun, di sebalik kemajuan ini, ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan untuk menipu. Orang kata, rambut sama hitam, hati lain-lain.

Kini, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan, apatah lagi dengan kewujudan pelbagai taktik baharu yang direka oleh “scammer”.

Hati-hati dengan taktik penipuan ‘resit palsu’

Baru-baru ini, seorang wanita menerusi akaun TikTok @sarahcybersec telah berkongsi tentang isu hangat yang kerap menjadi masalah, terutamanya dalam kalangan peniaga.

Dalam video tersebut, beliau menjelaskan bagaimana scammer menggunakan taktik licik untuk memalsukan resit pembayaran dan melepaskan diri daripada membayar.

Video itu memaparkan simulasi bagaimana seseorang boleh menjadi mangsa penipuan ini.

Pada dasarnya, scammer akan menunjukkan seolah-olah mereka membuat pembayaran melalui QR code menggunakan aplikasi bank.

Namun, apa yang tidak ramai tahu ialah kewujudan ‘tools’ khas yang boleh menghasilkan resit palsu dengan mudah.

Dengan alat ini, scammer hanya perlu memasukkan maklumat seperti nama akaun bank penerima dan jumlah bayaran yang ingin dipalsukan.

Secara automatik, alat tersebut akan menghasilkan resit yang kelihatan sah dan meyakinkan.

Masalahnya, resit ini hanyalah salinan palsu tanpa sebarang transaksi sebenar.

Disebabkan ia kelihatan seperti resit sebenar yang dijana oleh bank, ramai peniaga atau individu telah terpedaya.

Dalam pada itu, wanita tersebut menekankan betapa pentingnya untuk peniaga memeriksa akaun bank mereka sebelum mengesahkan sebarang pembayaran.

Pastikan jumlah yang sepatutnya diterima benar-benar masuk ke dalam akaun bank anda, dan jangan hanya bergantung kepada resit yang ditunjukkan oleh pembeli.

Semoga bermanfaat.

BACA: Hukum Menggantikan Puasa Bagi Yang Telah Meninggal Dunia

BACA: Ini Senarai Lapan Bandar Paling Sesak Di Malaysia 2024

BACA: Nilai Bersih Kekayaan Islam Makhachev Pada 2025

Sumber: TikTok @sarahcybersec