Siakap Keli
pemain bola sepak paling kaya
Gambar: AFP

Ini 5 Pemain Bola Sepak Paling Kaya, Nombor 1 Ramai Terkejut

Ini 5 Pemain Bola Sepak Paling Kaya, Nombor 1 Ramai Terkejut

Bola sepak merupakan salah satu sukan paling banyak ditonton oleh orang ramai, sama ada di stadium, rumah ataupun di mana-mana sahaja.

Seperti yang kita ketahui, sukan bola sepak kini bukan sekadar sukan namun, ia merupakan satu pekerjaan yang membawa pulangan lumayan kepada pemain.

Jadi, tak hairan mengapa kebanyakan mempunyai nilai bersih kekayaan (net worth) yang tinggi. Tapi, pernah tak anda terfikir pemain manakah yang mempunyai nilai kekayaan tertinggi?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian SK di bawah. Berikut lima pemain dengan nilai kekayaan tertinggi;

1. Faiq Bolkiah (nilai bersih $20 bilion)

Gambar: Instagram Faiq Bolkiah

Mungkin ramai yang menyangka bahawa Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi merupakan pemain terkaya dunia, namun sebenarnya tidak.

Pemain bola sepak terkaya di dunia berasal dari Asia Tenggara, iaitu Faiq Jefri Bolkiah yang bermain dalam pasukan Ratchaburi FC (Thailand).

Untuk makluman, Faiq merupakan kaum kerabat diraja Brunei dan merupakan anak saudara kepada Sultan Hassanal Bolkiah, salah seorang raja terkaya dan paling lama memerintah di dunia.

Difahamkan, kerabat diraja Brunei dianggarkan lebih daripada $30 bilion harta kekayaan.

Berbeza dengan pemain bola sepak lain, pendapatan yang diterimanya agak kecil dan kekayaannya lebih kepada harta yang diwarisi.

2. Cristiano Ronaldo (nilai bersih $800 million)

pemain bola sepak paling kaya
Gambar: AFP

Menjadi ikon bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo merupakan pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi buat masa ini.

Penyerang Al Nassr (Arab Saudi) itu menerima gaji tahunan sebanyak €200 juta selepas ditawarkan kontrak baharu.

Secara tidak langsung, nilai bersih pemain itu mencecah $800 juta.

BACA: Ini Sebab Kenapa Sesetengah Pintu Rumah Melayu Lama Tiada Tangga

Selain daripada pendapatan bola sepaknya, Ronaldo merupakan atlet yang hebat.

Dia telah mempelbagaikan portfolionya dengan beberapa projek perniagaan, termasuk cawangan hotel CR7 dengan lokasi mewah (Madrid, Lisbon, dan New York), disamping pelaburan besar dalam klinik pemindahan rambut Insparya, rangkaian pakaian, wangian, dan kasut yang berkembang pesat.

Pemain berusia 39 tahun itu juga berkolaborasi dengan jenama seperti Ursu9, Nike, Herbalife, dan Clear Shampoo.

Kekayaan ini juga termasuk hasil pendapatannya di media sosial, dengan lebih 1 bilion pengikut (semua platform).

3. Lionel Messi (nilai bersih $650 million)

Gambar: AFP

Pemain dengan gelaran 7 Ballon d’Or, Lionel Messi merupakan pemain bola sepak ketiga terkaya.

Messi dikatakan mempunyai nilai bersih melebihi $650 juta dan pendapatan kerjaya melebihi $1 bilion.

Kapten pasukan Inter Miami itu menjadi duta kepada beberapa syarikat seperti Apple, Adidas, Pepsi, Budweiser, Gatorade, dan Mastercard.

Di luar padang, bintang Argentina ini turut melibatkan diri dalam dunia korporat dengan Play Time Sports-Tech, sebuah syarikat pegangan bernilai $200 juta yang komited kepada pelaburan dalam media, sukan, dan teknologi.

Selain itu itu, Messi mengendalikan rangkaian hotel MIM di Sepanyol, memasuki perniagaan fesyen dengan jenama pakaian sendiri, dan bekerjasama dengan syarikat mewah Jacob & Co. dalam siri jam tangan.

Melalui usaha ini, menunjukkan betapa bijaknya pemain berkaki kidal ini dalam menguruskan kewangannya.

4. David Beckham (nilai bersih $450 million)

Gambar: AFP

Dengan nilai bersih $450 juta, David Beckham menduduki tempat keempat dalam kalangan pemain bola sepak terkaya di dunia.

Difahamkan, menjelang persaraannya pada 2013, Beckham merupakan atlet dengan gaji tertinggi di dunia ketika itu, memperoleh hampir $800 juta melalui bonus, penajaan, dan bayaran semula.

Bekas lagenda Manchester United, Real Madrid itu turut menjadi duta kepada jenama terkemuka seperti Armani, Gillette, PepsiCo, dan Adidas.

Bahkan syarikatnya, DB Ventures, Beckham telah membina hubungan baik dengan jenama termasuk Adidas, jam tangan Tudor, dan wiski Haig Club.

Beliau mengesahkan kejayaan kewangannya pada 2022 dengan menjual 55 peratus DB Ventures kepada Authentic Brands Group dengan harga $230 juta.

BACA: Kenapa Penjaga Gol Minum Air Lepas Gol Dibolosi? Ini Sebabnya

Dia kemudian membeli Inter Miami dengan harga $25 juta pada 2014, sebelum menubuhkan pasukan bola sepak dalam MLS itu pada 2018.

Antara aset lain yang dimilikinya adalah rumah di kawasan desa England, sebuah rumah bandar bernilai $38 juta di London, sebuah penthouse di Miami, dan sebuah hartanah di Palm Jumeirah di Dubai.

5. Neymar (nilai bersih $250 million)

pemain bola sepak paling kaya
Gambar: AFP

Siapa yang tak kenal dengan gelaran The Last Jogo Bonito bola sepak, Neymar.

Neymar atau nama penuhnya Neymar da Silva Santos Junior secara konsisten tersenarai antara ahli sukan dengan bayaran gaji tertinggi di dunia sejak perpindahan bersejarahnya dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG).

Tambahan lagi, dia kini menerima gaji tahunan sebanyak €100 juta di Arab Saudi dengan menyarung jersi Al-Hilal.

Sumber: Zonal Sports

BACA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Hari Ini – METMalaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: