Siakap Keli
jakel 2025

Jakel Umum 10 Duta Perhebat Kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025

Jakel Umum 10 Duta Perhebat Kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025

KUALA LUMPUR, Januari – Gedung tekstil terkemuka negara, Jakel,  memperhebatkan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 dengan  melantik 10 duta bagi mempromosikan kepelbagian pakaian sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. 

Lebih menarik, menerusi pengumuman barisan duta-duta berkenaan,  Jakel bakal menawarkan rekaan pakaian terbaharu berteraskan material berkualiti menerusi label masing-masing.  

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz  Mohamed Jakel berkata, antara duta dipilih memperagakan produk raya  Jakel 2025 ialah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi  keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna seisi keluarga, Senariounion,  tiktoker Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin. 

jakel 2025

“Untuk makluman, tahun ini, koleksi pakaian ditawarkan lebih berkualiti,  di mana fabrik diguna pakai lebih tebal tidak panas, mudah kering selain  ‘breathable’ kebolehnafasan, jahitan yang lebih kemas dan lebih rapi. 

“Seperti kita tahu, Jakel adalah produk untuk semua. Di mana kita menyediakan produk untuk semua golongan meliputi pelbagai lapisan  peringkat umur. Ini bermakna ibu, ayah, remaja, dewasa dan kanak kanak dapat menikmati produk berkualiti pada harga penjimatan. 

“Ini kerana, kita mahu pastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan  produk ditawarkan sekali gus tidak akan melupakan pengalaman serta  memori apabila berbelanja dengan kami, secara tidak langsung  terungkaplah tagline kami iaitu ‘Jakel, Barulah Raya’ ,” katanya  sempena pelancaran kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 di  Jakel Mall, di sini hari ini.

jakel 2025

Menurut Mohamed Faroz, inisiatif pengumuman duta serta pelancaran  kempen tersebut adalah persediaan awal bagi membuka peluang  kepada pelanggan memilih pakaian berteraskan rekaan trend terkini dan  pilihan warna lebih segar. 

“Untuk tahun ini, kita turut menawarkan pakaian dengan warna popular  dan terkini seperti, Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia dan  Powder Blue. 

“Kita juga akan menampilkan harga rakyat iaitu dengan menawarkan  Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai  samping percuma bernilai RM49, selain baju Melayu Fattah Amin pada  RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99,” jelasnya. 

Mengulas berhubung aspek jualan dan sasaran, beliau memberitahu,  pihaknya menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 20 hingga 30 peratus berbanding tahun lalu. 

“Bagi mencapai matlamat tersebut kita turut meningkatkan bilangan baju  sebanyak sejuta pasang bagi ibu, bapa dan selain 1.5 juta pasang untuk pakaian sedondon,” katanya. 

jakel 2025

Dalam pada itu, ujarnya, seperti tahun sebelum, para pelanggan tidak  perlu risau tentang keselesaan ketika mengunjungi gedung Jakel. 

“Ini kerana kami menyediakan lebih 2,700 ruang parkir selain surau dan  tandas khusus untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan,” katanya. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.