Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
perintah eksekutif trump
Kredit: Angela Weiss/AFP

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perintah Eksekutif Ditandatangani Trump

Azizah Najib

Ditandatangani Trump Sejurus Angkat Sumpah, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perintah Eksekutif Di AS

Baru-baru ini, Donald Trump telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk kali kedua. Sebaik sahaja tampuk pemerintahan beralih tangan, Amerika Syarikat tidak henti-henti menerima kejutan daripada Trump.

Antara perkara yang menjadi bualan ramai termasuk beberapa perintah eksekutif yang dikeluarkan Trump dan berkuat kuasa serta-merta.

Apa sebenarnya perintah eksekutif ini? Mengapa ia sangat penting sehingga menjadi perdebatan hangat sejurus ia dikuatkuasakan? Adakah perintah ini bakal mempengaruhi keadaan kita di Malaysia?

Mari kita ikuti sedikit penerangan berkenaan perintah eksekutif sebelum mengetahui lebih lanjut tentang perubahan drastik yang dilakukan Trump sehingga menyebabkan timbul pelbagai reaksi rakyatnya termasuk pengharaman TikTok.

Untuk pengetahuan anda, perintah eksekutif merupakan perintah yang ditandatangani oleh presiden yang membenarkan beliau membuat polisi di luar proses kongres di AS.

Persekutuan AS memberi kuasa kepada presiden bagi menguatkuasakan undang-undang yang mengawasi cabang eksekutif.

Sama ada presiden yang meminta agensi persekutuan merangka perintah tersebut atau agensi persekutuan yang mencadangkan perintah itu kepada Rumah Putih.

Selain daripada perintah eksekutif yang ditandatangani, pentadbiran presiden turut berkuasa melaksanakan tindakan eksekutif dalam bentuk garis panduan atau undang-undang umum, peraturan kawal selia dan memorandum.

Namun, tidak semua perkara boleh disentuh menerusi perintah eksekutif ini. Dalam mengeluarkan perintah eksekutif, presiden perlu berasas kepada undang-undang dan kuasa perlembagaan sedia ada.

Jadi, setelah mengetahui sedikit pengenalan berkenaan perintah eksekutif dari sudut perundangan di AS, mari kita lihat pula apakah perintah-perintah yang dikeluarkan oleh Trump sejurus selepas pelantikan beliau sebagai Presiden AS.

1. Menggelar kartel dadah sebagai ‘organisasi pengganas asing’

Berdasarkan perintah tersebut, kartel-kartel ini telah ‘melancarkan kempen keganasan dan ketakutan’ sehingga membanjiri AS dengan jenayah, sekaligus menjadi ancaman keselamatan kepada negara tersebut.

Sehubungan dengan itu, perintah berkenaan bertujuan untuk menghapuskan kumpulan pengganas ini secara menyeluruh. Agensi-agensi diberi masa selama 14 hari untuk mengemukakan cadangan mengenai kumpulan mana yang akan menjadi sasaran. Malah, agensi turut perlu bersedia mempercepat proses pengusiran individu terlibat daripada negara itu.

Selain daripada itu, Trump turut memperketat kemasukan sempadan AS dalam usaha melindungi rakyat AS termasuk menghentikan polisi tangkap dan lepas yang diperkenal Biden. Suaka bagi mereka yang melintasi sempadan secara haram turut ditamatkan.

Malah, angkatan tentera termasuk pengawal keselamatan bakal dikerah untuk terlibat dalam keselamatan sempadan bagi membantu anggota menguatkuasa undang-undang sedia ada.

2. Menarik diri daripada perjanjian iklim Paris

Perintah ini mengarahkan duta AS untuk menghantar surat rasmi permohonan penarikan diri daripada perjanjian iklim Paris kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta-merta. Perintah ini tidak berdasarkan kepada mana-mana nilai ekonomi atau objektif alam sekitar negara tersebut.

Perkara ini bukan sesuatu yang baharu. Trump telah menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada menyertai perjanjian ini pada 2017 namun ia tidak sempat dilaksanakan sehingga tamat penggal pertamanya.

Malah, penarikan diri ini selari dengan matlamat Trump dalam meningkatkan penghasilan minyak dan gas tempatan. Perkara ini sekaligus membatalkan perlindungan alam sekitar yang diperkenalkan oleh pentadbiran Biden yang dianggap melampau. Kesemua peraturan yang membebankan pengeluaran dan penggunaan tenaga secara tidak wajar akan disemak untuk dibatalkan.

Di samping itu, Trump juga bakal mengumumkan situasi kecemasan tenaga dan bakal menggunakan kesemua sumber yang perlu bagi membina infrastruktur kritikal.

Sehubungan dengan itu, semua agensi akan mengambil langkah kecemasan bagi mengurangkan kos sara hidup.

Bahkan, bagi merealisasikan impian Amerika Diutamakan, Trump turut bakal mengumumkan Dasar Perdagangan Amerika Dahulu.

3. Menamatkan hak status warganegara secara kelahiran

Bagi perintah ini pula, Trump berhasrat untuk menghentikan pengurniaan warganegara berdasarkan kelahiran kepada anak pasangan pendatang haram yang lahir di AS. Perintah ini turut melibatkan anak kepada pasangan yang berada di negara itu secara sementara.

Namun, perkara ini melibatkan perkara yang telah ditetapkan dalam Persekutuan AS. Jadi ia tidak boleh ditentukan oleh Trump sahaja dan perlu melibatkan proses di bahagian kehakiman.

Terdapat beberapa perkara lagi yang menjadi perbualan hangat antaranya penarikan diri AS daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Penamaan semula Teluk Mexico kepada Teluk Amerika turut dilaksanakan. Penamaan semula tempat-tempat terkenal ini merupakan usaha Trump dalam menghargai sejarah negara.

Malah pengiktirafan dua jantina sahaja di negara tersebut turut menjadi perdebatan hangat.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat kita ketahui berkenaan peraturan eksekutif yang telah ditandatangani oleh Trump bagi penggal keduanya sebagai Presiden AS.

Adakah perintah eksekutif ini boleh dicabar atau dibatalkan?

Jawapannya, ya.

Semasa Biden menjadi presiden, lebih daripada 60 perintah eksekutif Trump dibatalkan. Malah, Persekutuan AS juga berkuasa untuk memeriksa sama ada perintah eksekutif Trump melepasi Undang-Undang atau tidak. Perintah eksekutif juga boleh dicabar di mahkamah.

Pada penggalnya yang lalu, Trump berdepan dengan lebih 50 tuntutan mahkamah hanya selepas dua minggu bertugas sebagai Presiden AS.

Sumber: BBC, White House (1) (2), 19 News