Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
7 negara hilang
Gambar: AI

7 Negara Telah ‘Hilang’ Dari Peta Dunia

Hannah

7 Negara Telah ‘Hilang’ Dari Peta Dunia

Dunia ini tidak pernah sunyi daripada perubahan, kejutan dan kisah-kisah luar biasa yang membentuk sejarahnya.

Perubahan sempadan, kejatuhan empayar dan kewujudan negara-negara yang kini hanya dikenang dalam catatan sejarah adalah sebahagian daripada naratif panjang perjalanan tamadun manusia.

Ramai mungkin tidak menyedari bahawa di sebalik peta dunia yang kita kenali hari ini, tersembunyi cerita-cerita tentang negara-negara yang pernah berdiri megah tetapi akhirnya lenyap atas pelbagai sebab.

Sama ada akibat konflik dalaman, penjajahan, peperangan atau penyatuan dengan kuasa lain, setiap kisah menyimpan pengajaran dan ‘misteri’ tersendiri.

Justeru, berikut adalah tujuh negara yang suatu ketika dahulu pernah mewarnai peta dunia, namun kini hanya menjadi memori yang tertinggal dalam lipatan sejarah.

1. Yugoslavia

Yugoslavia pernah menjadi sebuah negara yang terletak di Balkan, tenggara Eropah, dan ditubuhkan pada tahun 1918 selepas kejatuhan Empayar Austro-Hungaria.

Sepanjang kewujudannya, negara ini melalui pelbagai perubahan termasuk bertukar sistem kerajaan daripada monarki kepada republik.

Bukan itu sahaja, negara ini juga pernah menukar nama beberapa kali, seperti Republik Demokratik Yugoslavia dan Republik Federal Sosialis Yugoslavia.

Namun, selepas Perang Dunia Kedua, ketegangan etnik dan politik mula meretakkan perpaduan antara enam wilayah utama Yugoslavia, iaitu Serbia, Croatia, Slovenia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro dan Makedonia.

Pada tahun 1991, Slovenia, Croatia dan Makedonia ‘memerdekakan’ diri, diikuti Bosnia-Herzegovina pada tahun 1992.

Cubaan untuk mengekalkan negara sebagai Republik Federal Yugoslavia oleh Serbia dan Montenegro gagal apabila kedua-duanya akhirnya berpisah pada tahun 2006, menjadikan Yugoslavia hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

2. Cekoslovakia

Ditubuhkan pada tahun 1918 selepas Perang Dunia Pertama, Cekoslovakia menggabungkan tiga wilayah utama, iaitu Bohemia, Moravia dan Slovakia.

Bagaimanapun, pada tahun 1939, ia diduduki oleh Jerman dan ‘hilang’ sementara dari peta.

Selepas Perang Dunia Kedua, Cekoslovakia menjadi ‘negara satelit’ di bawah pengaruh Kesatuan Soviet.

Apabila Kesatuan Soviet runtuh pada tahun 1991, perpecahan dalaman menyebabkan negara ini berpecah kepada dua, iaitu Republik Czech dan Slovakia pada tahun 1993.

Kini, kedua-dua negara tersebut berdiri sendiri di peta dunia.

3. Jerman Barat & Jerman Timur

Selepas Perang Dunia Kedua, Jerman terbahagi kepada dua wilayah, iaitu Jerman Barat di bawah kawalan sekutu Barat dan Jerman Timur di bawah pengaruh Soviet.

Tembok Berlin, yang dibina pada tahun 1961, menjadi simbol pemisah antara keduanya semasa Perang Dingin.

Namun, pada tahun 1990, runtuhnya Tembok Berlin membuka jalan kepada penyatuan semula Jerman Barat dan Jerman Timur menjadi sebuah negara bersatu yang dikenali sebagai Jerman moden.

Ini sekaligus menamatkan kewujudan kedua-dua entiti negara tersebut.

4. Prussia

Prussia pernah menjadi salah satu kuasa besar di Eropah pada abad ke-18.

Meliputi kawasan besar di Eropah tengah dan timur seperti Jerman, Poland, Denmark dan Lithuania, kerajaan ini dikenali dengan kehebatan ketenteraannya.

Namun, selepas Perang Dunia Pertama, pengaruh Prussia merosot dan pada tahun 1947, ia secara rasmi dihapuskan oleh Sekutu.

Nama Prussia kemudiannya lenyap sepenuhnya dari peta dunia.

5. Basutoland

Basutoland adalah sebuah kerajaan kecil yang diperintah oleh Raja Moshoeshoe I.

Pada abad ke-19, negara ini menjadi koloni British selepas meminta perlindungan daripada penjajahan luar.

Selepas lebih 100 tahun di bawah pemerintahan British, Basutoland mencapai kemerdekaan pada tahun 1966 dan menukar nama kepada Lesotho.

Kini, Lesotho dikenali sebagai sebuah negara enklaf yang dikelilingi sepenuhnya oleh Afrika Selatan.

6. Ceylon

Ceylon adalah nama lama bagi negara yang kini dikenali sebagai Sri Lanka.

Sebelum dijajah oleh British pada tahun 1796, pulau ini telah dikuasai oleh beberapa kuasa lain seperti Portugis dan Belanda.

Pada tahun 1948, Ceylon mencapai kemerdekaan, namun pada tahun 1972, negara ini secara rasmi menukar nama kepada Sri Lanka, yang bermaksud “Pulau yang Indah”.

Dengan sejarah panjangnya, Sri Lanka kini terkenal dengan budaya yang kaya dan kepelbagaian bahasa seperti Sinhala, Tamil dan Inggeris.

BACA: Gaji RM1.7k Mampu Simpan KWSP RM1 Juta, Ini Penjelasannya

BACA: Doktor Kongsi Imej X-Ray Tubuh Pesakit Dipenuhi Ratusan Bintik Putih

BACA: Kenali ‘Negara’ Transnistria, Wujud Tapi Ramai Tak Tahu

Sumber: Kumparan.com