Siakap Keli
mesyuarat pegawai kanan tenaga asean

Hasil Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga ASEAN 2025  Pada 22 Januari 2025

Hasil Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga ASEAN 2025  Pada 22 Januari 2025

LANGKAWI, 22 Januari 2025 – Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga ASEAN 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)  telah bermula pada 22 hingga 24 Januari 2025 di Langkawi, Kedah. Mesyuarat hari  pertama ini telah dihadiri oleh wakil-wakil pegawai kanan tenaga dari Brunei, Filipina,  Indonesia, Kemboja, Lao PDR, Myanmar, Singapura, Thailand dan Viet Nam manakala Timor Leste sebagai pemerhati.  

Mesyuarat antara lain membincangkan dokumen ASEAN Plan of Action for Energy  Cooperation (APAEC) Post 2025 dan ASEAN Power Grid (APG) Enhanced MoU serta tindakan-tindakan susulan yang diperlukan bagi persediaan kepada majlis pelancaran  dan menandatangani dokumen-dokumen tersebut semasa Mesyuarat Menteri  Tenaga ASEAN (AMEM) yang ke-43 pada September 2025. Kedua-dua dokumen  tersebut merupakan Priority Economic Deliverables (PED) sektor tenaga sepanjang  Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.  

mesyuarat pegawai kanan tenaga asean

Mesyuarat juga membincangkan draf ASEAN Framework Agreement on Petroleum  Security (APSA) selain Kerangka Terma Rujukan bagi Subsea Power Cable oleh  ASEAN Centre of Energy (ACE) yang akan menjadi tulang tonggak menyokong  kepada pembangunan ASEAN Power Grid. 

mesyuarat pegawai kanan tenaga asean

Majlis Peluncuran Penganjuran Mesyuarat – Mesyuarat Tenaga ASEAN 2025 telah  disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana  Menteri merangkap Menteri PETRA pada 13 Januari lalu di Putrajaya. PETRA juga  akan mempengerusikan dua (2) lagi mesyuarat utama Sektor Tenaga iaitu Senior  Officials Meeting on Energy di Kuching, Sarawak pada 16 hingga 20 Jun 2025 dan  ASEAN Ministers of Energy Meeting di Kuala Lumpur pada 22 hingga 26 September  2025.  

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.