Ini Lima Kanak-kanak Paling Kaya Di Dunia
Kita mungkin pernah mendengar nama-nama seperti Elon Musk, Jeff Bezos, Bernard Arnault dan Mark Zuckerberg yang yang merupakan antara manusia terkaya di dunia.
Nilai kekayaan mereka mencecah ratusan bilion dolar, dengan aset merentasi pelbagai sektor seperti hartanah, perbankan, peruncitan, teknologi serta minyak dan gas.
Itu senarai melibatkan orang dewasa. Namun percaya atau tidak, sebenarnya ada juga kanak-kanak yang memiliki kekayaan berbilion dolar, sekaligus meletakkan mereka jauh di atas kanak-kanak sebaya.
Selain mejadi pewaris harta keluarga seperti keluarga diraja atau anak kepada selebriti terkena, ada juga kanak-kanak yang menjadi kaya di atas usaha sendiri.
Mereka ini menjadi pempengaruh sejak kecil dan aktif di media sosial sebagai selebriti cilik. Ada juga yang menjadi pelakon terkenal dan memiliki perniagaan bermula daripada usia muda lagi.
Justeru kali ini, SK ingin berkongsi kepada anda senarai lima kanak-kanak yang terkaya di dunia. Selain kekayaan sebenar yang dimiliki, anggaran juga dibuat berdasarkan pengaruh ekonomi yang dimiliki mereka.
Puteri Charlotte dari Wales ($5B)
Menurut portal How Stuff Works, Puteri Charlotte yang lahir pada tahun 2015 merupakan cucu kedua kepada Raja Charles III.
Selain memiliki kekayaan disebabkan berasal daripada keturunan diraja, Puteri Charlotte juga merupakan ikon fesyen diraja yang sangat berpengaruh.
Impak puteri tersebut turut membentuk industri fesyen di United Kingdom apabila beberapa pakaian yang digayakan beliau menjadu trend terkemuka di sana.
Putera George dari Wales ($4.6B)
Anak sulung kepada Putera William dan Puteri Catherine serta abang jepada Puteri Charlotte ini juga menggunakan pengaruhnya untuk meningkatkan jenama fesyen British.
Selain gaya dan personaliti dimiliki, Putera George juga merupakan penerima manfaat semasa dan masa depan kepada sebahagian besar kekayaan diraja kerana kedudukannya dalam senarai pewarisan takhta.
Valentina Paloma Pinault ($2B)
Menjadi anak tunggal kepada pelakon terkenal, Selma Hayek dan Francois Pinault, Valentina Paloma dianggap sebagai kanak-kanak terkaya di Hollywood.
Walaupun ibunya memiliki kerjaya perfileman yang cemerlang, namun sebahagian besar kekayaan Valentina dipercayai berasal daripada bapanya yang merupakan ahli perniagaan berjaya.
Rza Athelston Mayers ($943.5M)
Seorang lagi kanak-kanak yang cukup bertuah kerana dilahirkan sebagai anak kepada Rihanna dan ASAP Rocky, antara selebriti terkemuka Amerika Syarikat.
Menurut How Stuff Works, kekayaan pasangan suami isteri ini akan menjadi permulaan yang sangat kukuh untuk anak-anak mereka iaitu Rza Athelston dan adiknya, Riot Rose.
Blue Ivy Carter ($720M)
Walaupun lahir sebagai anak kepada Beyonce dan Sean Carter (Jay-Z), Blue Ivy Carter turut menjadi usahawan sejak kecil dan memiliki perniagaan sendiri.
Blue Ivy juga merupaka penulis dan penerbit lagu Brown Skin Girl serta menjadi narator untuk buku audio berjudul Hair Love.
BACA: Syarikat Pastri, Pengarah Didakwa Guna Logo Halal Tanpa Kelulusan
Sumber: How Stuff Works