Siakap Keli
rakan muda
Sumber : BERNAMA

Dana Bantuan (Pembangunan Belia Dan Rakan Muda) Terus Memperkasa Inisiatif Belia

Dana Bantuan (Pembangunan Belia Dan Rakan Muda) Terus Memperkasa Inisiatif Belia

1. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus komited dalam memperkasa pembangunan belia serta menyemarakkan gaya hidup aktif melalui penyediaan peruntukan dana bantuan bagi pembangunan belia dan pelaksanaan program di bawah inisiatif Rakan Muda. 

2. Selaras dengan Dasar Belia Malaysia dan Model Pembangunan Belia Madani 2030, Kerajaan menerusi Belanjawan 2025 telah memberikan  sokongan kepada KBS bagi pelaksanaan program Rakan Muda dalam  memperkasakan golongan belia serta menyokong program-program  pembangunan yang inovatif dan berimpak tinggi.

3. Bagi menggalakkan lagi pelaksanaan program pembangunan belia, KBS telah memperuntukkan dana berjumlah RM2.5 juta melalui Dana Bantuan  (Pembangunan Belia dan Rakan Muda). Dana bantuan ini diwujudkan  sebagai sebahagian daripada komitmen KBS untuk membangunkan potensi  belia serta menggalakkan penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti yang  memberi manfaat kepada komuniti.

4. Ia turut memberi manfaat kepada Kelab/ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Belia termasuk Kelab Rakan Muda (KRM), Sekretariat Rakan Muda Institusi  Pengajian Tinggi (SRM IPT) dan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana  Rakan Muda (BO ARPRM) untuk merancang program yang inovatif dan  berimpak tinggi.

5. Penyaluran dana bantuan dilaksanakan secara terus kepada pemohon selepas kelulusan oleh Jawatankuasa dan laporan keseluruhan  pelaksanaan program perlu dikemukakan kepada KBS dalam tempoh 30  hari selepas pelaksanaan program dilaksanakan.

6. KBS menyeru semua pihak untuk mengambil peluang ini bagi menyokong  usaha Kerajaan ke arah pemerkasaan pembangunan belia serta  memperkukuhkan hubungan antara generasi muda dan masyarakat keseluruhannya.

7. Butiran lanjut mengenai Dana Bantuan (Pembangunan Belia dan Rakan Muda) adalah seperti di LAMPIRAN A. Orang ramai boleh melayari laman web KBS (https://www.kbs.gov.my/home) bagi memohon dana ini secara  dalam talian atau mendapatkan maklumat lanjut. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.