Siakap Keli
keselamatan dan keselesaan pengguna
Sumber : BERNAMA

Keselamatan Dan Keselesaan Pengguna Terus Diutamakan Sempena Tahun Baru Cina Tahun 2025

Keselamatan Dan Keselesaan Pengguna Terus Diutamakan Sempena Tahun Baru Cina Tahun 2025

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus melaksanakan Ops Bersepadu selama enam hari bermula 28 Januari 2025 hingga 2 Februari 2025 sebagai langkah  membantu kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena perayaan Tahun  Baru Cina 2025.

Ops Bersepadu ini dilaksanakan secara bersama melibatkan agensi agensi penguatkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jalan Pengangkutan  Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan  Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

2. Bagi meminimumkan risiko kemalangan jalan raya, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mewartakan penurunan had laju daripada 90km/j kepada 80km/j di  semua Jalan Persekutuan sepanjang tempoh enam hari tersebut.

3. Kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal akan  dihentikan sementara agar tidak mengganggu aliran trafik sepanjang tempoh  tersebut. Kerja-kerja kecemasan yang perlu disegerakan demi keselamatan  pengguna akan dirancang dengan sebaiknya. Sekiranya perlu, laluan alternatif akan  disediakan agar tidak mengganggu perjalanan pengguna ke destinasi yang dituju.

Bagi memastikan kelancaran lebuh raya, pada 16 Januari 2025, saya telah  mengeluarkan arahan kepada Syarikat Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)  untuk menghentikan sementara kerja pelebaran lorong di jajaran Sedenak-Kulai  bermula 23 Januari hingga 3 Februari 2025.

4. Saya ingin sarankan kepada semua pengguna jalan raya untuk mengambil  langkah-langkah berikut:

(a) melakukan kesiapsiagaan sepenuhnya sebelum melakukan perjalanan meliputi memastikan menjaga kesihatan, mengambil masa rehat yang mencukupi sebelum dan semasa perjalanan agar tidak mengalami keletihan melampau dan rasa mengantuk ketika memandu; 

(b) memastikan kad debit, RFID dan kad Touch N Go mempunyai baki wang yang mencukupi bagi mengelakkan gangguan kesesakan kepada pengguna lain di plaza tol; 

(c) memeriksa kondisi kenderaan termasuk tayar supaya siap sedia untuk perjalanan jauh; dan

(d) memandu kenderaan secara berhemah, sentiasa sabar dan mengikut  undang-undang jalan raya.

5. Sejajar dengan semangat dan aspirasi Program MyJalan yang diterajui oleh KKR, semua pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan  keselamatan diri dan penumpang serta keselamatan dan keselesaan pengguna yang lain. Anggaplah pengguna jalan raya lain sebagai ahli keluarga kita atau ahli  keluarga besar Malaysia MADANI.

6. Di kesempatan ini, saya dengan rasa penuh muhibbah ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le! kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikan Perayaan Tahun Baru Cina.

7. Semoga kita sentiasa meraikan kepelbagaian dan menanam dengan  kukuh rasa saling sayang-menyayangi, rasa hormat serta terus memupuk nilai  –nilai perpaduan dalam sanubari kita

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.