Terkini

Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Vape Ketagihan Merokok
Gambar: Bernama

Ramai Salah Anggap Vape Boleh Hilangkan Ketagihan Merokok, Ini Yang Korang Kena Tahu Dulu

Iqbal Yasir

Ramai Salah Anggap Vape Boleh Hilangkan Ketagihan Merokok, Ini Yang Korang Kena Tahu Dulu

Vape atau rokok elektronik semakin popular dalam kalangan masyarakat, terutamanya remaja. Produk ini sering dipromosikan sebagai alternatif yang “lebih selamat” berbanding rokok biasa, tetapi adakah dakwaan ini benar?

Statistik Penggunaan Vape di Malaysia

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), penggunaan vape dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun meningkat sebanyak 5% pada tahun 2022 berbanding tahun 2017 iaitu dari 9.8% kepada 14.9%. Walaupun statistik menunjukkan penurunan bilangan perokok konvensional dalam kalangan remaja, pengguna vape semakin meningkat dengan ketara.

Apa Itu Vape?

Vape adalah salah satu produk merokok yang digunakan dengan memanaskan cecair untuk menghasilkan wap yang dihirup oleh pengguna. Cecair ini mengandungi bahan seperti:

  1. Propylene Glycol (PG) – Cecair yang membantu menghasilkan wap.

  2. Vegetable Glycerin (VG) – Memberi rasa manis dan pekat pada wap.

  3. Perisa – Memberikan pelbagai rasa yang menarik minat pengguna.

  4. Nikotin – Bahan utama yang menyebabkan ketagihan.

Mitos: Vape Membantu Berhenti Merokok

Ramai percaya bahawa vape adalah langkah terbaik untuk berhenti merokok. Hakikatnya, tiada bukti kukuh yang menunjukkan vape berkesan untuk tujuan ini. Sebaliknya, pengguna vape sering terperangkap dalam ketagihan nikotin yang sama seperti rokok konvensional.

Kesan Buruk Vape Terhadap Kesihatan

Walaupun ada yang beranggapan vape lebih selamat, hakikatnya, ia membawa pelbagai risiko kesihatan:

  • Ketagihan Nikotin: Kandungan nikotin yang tinggi dalam vape boleh menyebabkan ketagihan yang sama atau lebih teruk berbanding rokok biasa.

  • Penyakit Paru-Paru: Vape dikaitkan dengan masalah seperti e-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).

  • Keracunan Nikotin: Terutama dalam kalangan kanak-kanak, ini boleh menyebabkan sakit kepala, muntah, sesak nafas, dan risiko kegagalan jantung.

Bahaya Bahan Terlarang dalam Vape

Kebimbangan lain adalah penggunaan bahan terlarang seperti dadah sintetik yang dicampur dalam cecair vape. Dadah ini boleh menyebabkan:

  • Halusinasi

  • Perubahan tingkah laku seperti agresif dan kemurungan

  • Risiko kegagalan organ, koma, atau kematian akibat dos berlebihan

Vape vs. Rokok Biasa: Mana Lebih Bahaya?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), vape dan rokok biasa sama-sama berbahaya kerana kedua-duanya mengandungi nikotin dan menghasilkan bahan-bahan berbahaya seperti formaldehide, volutile organic compound (VOC), logam berat dan bahan-bahan berbahaya yang lain. Oleh itu, vape terbukti adalah satu produk merokok yang tidak selamat.

Tindakan Undang-Undang

Penggunaan atau pemilikan dadah yang dimasukkan ke dalam cecair vape melanggar Akta Dadah Berbahaya 1952. Mana-mana bahan seperti psilocybin (bahan aktif dalam magic mushroom) atau dadah-dadah sintetik yang ditambah secara haram ke dalam vape boleh membawa hukuman berat kepada pengedar dan pengguna.

Apa Pilihan Anda?

Vape bukanlah penyelesaian untuk berhenti merokok. Sebaliknya, ia membuka pintu kepada pelbagai risiko baharu, termasuk ketagihan dan membahayakan kesejahteraan dan kesihatan diri.

Mengamalkan gaya hidup sihat adalah langkah terbaik untuk menjaga kesihatan diri. Daripada memilih produk yang membahayakan, mengapa tidak mulakan dengan aktiviti sihat seperti bersenam atau menyertai acara komuniti seperti larian?

Keputusan untuk berubah ada di tangan anda. Mulakan hari ini untuk masa depan yang lebih sihat dan bebas daripada ketagihan.

BACA: Tak Mahu Generasi Muda Terus Merokok, New Zealand Bakal Haramkan Penjualan Rokok Kepada Individu Lahir Selepas 2008