Siakap Keli
cikgu nazmi top global teacher

Cikgu Nazmi Tercalon Top 10 Global Teacher Prize 2025

Cikgu Nazmi Tercalon Top 10 Global Teacher Prize 2025

KUALA LUMPUR —  Seorang guru di Sarawak, Muhammad Nazmi Rosli, 32, mencipta sejarah apabila tersenarai sebagai 10 finalis terakhir bagi Hadiah Guru Global (GTP) 2025 yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai AS$1 juta.

Muhammad Nazmi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Nazmi, meluahkan rasa syukur selepas disenaraikan dalam anugerah anjuran Varkey Foundation, yang memberikan pengiktirafan kepada guru-guru luar biasa yang telah memberikan sumbangan besar dalam profesion perguruan.

Anugerah ini bertujuan meningkatkan martabat guru di seluruh dunia dan mengiktiraf mereka sebagai penggerak masa depan masyarakat.

“Saya amat beryukur diberi peluang untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas global.

“Perjalanan ini daripada memenangi Malaysia Teacher Prize 2023 anjuran pertubuhan Pemimpin sehingga disenaraikan sebagai salah seorang finalis terakhir untuk Hadiah Guru Global 2025 merupakan pengalaman yang tidak ternilai.

“Kejayaan ini didedikasikan sepenuhnya buat murid-murid yang menjadi inspirasi dan pendorong utama di sebalik usaha saya. Semangat mereka untuk terus belajar merupakan nadi kepada semua projek yang telah kami jayakan bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejayaan dalam Varkey Foundation turut mencuri perhatian Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, yang turut menyampaikan perhargaan kepada guru dari  Sekolah Kebangsaan Long Sebangang itu atas pencapaiannya.

“Pencapaian Muhammad Nazmi sebagai salah seorang daripada 10 finalis terakhir telah membuktikan keupayaan guru Malaysia untuk mencipta perubahan besar dan cemerlang di pentas global.

“Saya amat mengagumi pendekatan beliau yang memupuk kreativiti serta kepimpinan generasi muda melalui inovasi seperti Kelab Filpen.

“Kejayaan ini mencerminkan nilai-nilai yang selaras dengan aspirasi pendidikan manusiawi yang mana ia tidak terbatas kepada penyampaian ilmu di dalam bilik darjah malah menerusi pembinaan karakter dan masa depan anak bangsa.

“Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menyokong usaha mereka dalam membentuk generasi masa hadapan Malaysia MADANI,” katanya.

cikgu nazmi top global teacher

Pengarah Eksekutif PEMIMPIN, Samuel Isaiah turut berkata, Cikgu Nazmi merupakan cerminan semangat dan komitmen yang menggerakkan jiwa setiap pendidik di Malaysia.

“Kejayaannya sebagai 10 finalis terakhir Hadiah Guru Global 2025 membuktikan bahawa usaha gigih guru-guru kita mampu mencipta perubahan besar.

“Pemimpin amat berbangga dan akan terus berdiri bersama cikgu-cikgu seperti beliau untuk mengembangkan impak positif mereka kepada pendidikan dan masyarakat,” katanya.

Difahamkan, pengumuman pemenang GTP akan berlangsung di Dubai pada 11 Februari 2025.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: