Siakap Keli
kementerian pendidikan
Sumber : BERNAMA

Kementerian Pendidikan Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVII

Kementerian Pendidikan Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVII

Kementerian Pendidikan (KPM) merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena pembukaan penggal keempat, Parlimen Kelima Belas pada 3 Februari 2025 yang turut menyentuh beberapa perkara  yang melibatkan pendidikan negara.  

KPM sentiasa proaktif meningkatkan infrastruktur pendidikan bagi memastikan akses pendidikan yang berkualiti kepada semua murid.  Menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan  sejumlah 44 buah sekolah, 11 Pusat PERMATA yang dilengkapi dengan  pusat didikan anak-anak autistik serta dua sekolah baharu bagi murid  berkeperluan pendidikan khas (MBPK).  

Sejumlah RM2 bilion diperuntukkan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara merangkumi RM1 bilion untuk  menyelenggara semua jenis sekolah termasuk institusi pendidikan KPM.  Manakala, RM1 bilion lagi untuk menaik taraf dan pembangunan semula  bangunan daif di sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak.  Sebanyak RM100 juta turut diperuntukkan untuk membaik pulih  kemudahan kantin dan musolla di sekolah. 

Agenda Reformasi Pendidikan yang direncanakan oleh KPM sedang giat berjalan di setiap peringkat bagi memastikan pendidikan negara  kekal relevan serta dapat menangani cabaran semasa dengan tuntas.  Ia memberi penumpuan kepada enam fokus utama iaitu digital, bahasa,  literasi, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),  Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta prasekolah.

Selaras usaha memperkasakan pendidikan TVET, Kerajaan telah meningkatkan kadar Bantuan Geran Per Kapita (PCG) TVET sebanyak  15 peratus dengan kos keseluruhan berjumlah RM900 juta. Sejumlah  RM1.2 bilion juga diperuntukkan kepada Kolej Vokasional dan Sekolah  Menengah Teknik seluruh negara yang menyediakan pendidikan  kepada 77,000 orang pelajar.  

Tumpuan KPM pada tahun 2025 terarah kepada pelan pembangunan pendidikan yang baharu bagi menggantikan Pelan Pembangunan  Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan persediaan bagi kurikulum  persekolahan 2027. Program Generasi Madani (GenMADANI) pula  dilaksanakan di sekolah-sekolah sebagai wadah untuk memupuk  perpaduan serta membina karakter bangsa Malaysia yang beradab,  berakhlak dan berintegriti. 

KPM akan terus berusaha untuk memastikan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan demi penambahbaikan  pendidikan negara dan kesejahteraan rakyat.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.