Siakap Keli
Gambar Hiasan

Resorts World Genting Dinobatkan Sebagai Pemenang Anugerah Tarikan Pelancongan Baru Terbaik ASEAN pada Majlis Anugerah Kecemerlangan ASEAN ke-34

Resorts World Genting Dinobatkan Sebagai Pemenang Anugerah Tarikan Pelancongan Baru Terbaik ASEAN pada Majlis Anugerah Kecemerlangan ASEAN ke-34

Genting Highlands, 28 Januari 2025 – Pusat peranginan terkemuka Malaysia, Resorts World Genting (RWG), telah dianugerahkan Anugerah Tarikan Pelancongan Baru Terbaik ASEAN pada Majlis Anugerah Kecemerlangan ASEANTA ke-34 yang baru-baru ini diadakan di Amari Johor Bahru.

Majlis yang menandakan penutupan Forum Pelancongan ASEAN 2025 ini menyaksikan penganugerahan 12 anugerah kecemerlangan pelancongan kepada penerima yang berprestasi cemerlang. RWG turut tersenarai sebagai salah satu daripada enam organisasi berkaitan pelancongan dan hospitaliti dari Malaysia yang menerima anugerah berprestij ini.

Anugerah Kecemerlangan ASEANTA, yang diterajui oleh Persatuan Pelancongan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEANTA), sebuah persatuan pelancongan tanpa keuntungan yang melibatkan organisasi pelancongan awam dan swasta dari ASEAN, mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam pelancongan ASEAN dan memberi penghargaan kepada sumbangan ahli-ahlinya.

Chrissie Lim, Naib Presiden Jualan, turut hadir untuk menerima Anugerah Tarikan Pelancongan Baru Terbaik ASEAN daripada Presiden ASEANTA, Eddy Krismeidi Spoemawilaga, dan Pengerusi Anugerah Kecemerlangan ASEANTA, Oknha Chhay Sivlin.

Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam berkata, “Kami amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan hospitaliti bertaraf dunia kami. Anugerah ini adalah bukti komitmen dan semangat kami untuk menonjolkan piawaian kecemerlangan dalam industri pelancongan ASEAN. Dengan kejayaan ini, kami terus diberi inspirasi untuk meningkatkan tahap kecemerlangan pencapaian bagi tarikan pelancongan di ASEAN.”

RWG dengan sukacitanya menyambut kedatangan pengunjung dari ASEAN dan meraikan Pengerusi ASEAN-Malaysia 2025, satu pencapaian penting yang mempamerkan kepimpinan Malaysia serta komitmennya terhadap perpaduan dan kemajuan di rantau ASEAN.

Pusat peranginan RWG akan memulakan sambutan Jubli Intan dengan pelbagai acara, persembahan istimewa, dan diskaun eksklusif bagi memastikan sambutan ini menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan. Dapatkan maklumat terkini mengenai tawaran terbaik dan tarikan di pusat peranginan di puncak bukit dengan melayari laman web rwgenting.com.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.