Siakap Keli
Yayasan MR D.I.Y. Sebar Keriangan 'Ular-lar'
Gambar Hiasan

Yayasan MR D.I.Y. Sebar Keriangan ‘Ular-lar’

Yayasan MR D.I.Y. Sebar Keriangan ‘Ular-lar’

KUALA LUMPUR, 4 Februari 2025 – Yayasan MR D.I.Y. sentiasa memastikan para penghuni rumah kebajikan dan pusat jagaan di seluruh negara tidak ketinggalan untuk menikmati kemeriahan perayaan dengan membawa keceriaan kepada mereka.

Tahun Baru Cina kali ini tidak terkecuali, apabila pasukan yayasan tersebut menyebarkan keriangan perayaan kepada para penghuni di 14 rumah kebajikan di seluruh negara melalui inisiatif mesra “Ular-lar”.

Para sukarelawan Yayasan MR D.I.Y. telah menyampaikan kotak kebajikan “Ular-lar” kepada pelbagai rumah kebajikan termasuklah rumah anak yatim, rumah warga emas, dan pusat jagaan individu berkeperluan khas. Kotak tersebut mengandungi pelbagai barangan keperluan harian dan cenderahati Tahun Baru Cina. Inisiatif ‘Ular-lar’ oleh Yayasan MR D.I.Y. kali ini telah memberi manfaat kepada hampir 700 individu.

Alex Goh, Timbalan Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. (tengah), bersama para sukarelawan dari Yayasan MR D.I.Y. menyerahkan sumbangan kepada Yayasan Sunbeams Home di Cheras, Kuala Lumpur.

Di Yayasan Sunbeams Home, sebuah rumah anak yatim di Cheras, Kuala Lumpur, suasana menjadi lebih meriah dengan kehadiran pasukan yayasan yang menganjurkan pelbagai permainan, menari tarian Tahun Baru Cina ‘Ular-lar’ MR D.I.Y. bersama para penghuni, dan membantu menghias rumah kebajikan tersebut sempena musim perayaan. Mereka juga mengadakan sesi tradisi ‘Lou Sang’, di mana Timbalan Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, turut menyerahkan baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM3,000 kepada rumah tersebut untuk membeli keperluan harian mereka.

Yayasan MR D.I.Y. di Peace & Harmony Home in Jelutong, Pulau Pinang

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata, “Tahun Baru Cina memberi penekanan kepada menyatukan keluarga, rakan-rakan, dan insan tersayang; namun, tidak semua orang berpeluang merasai nikmat tersebut. Di Yayasan MR D.I.Y., misi kami adalah memastikan tiada siapa yang ketinggalan untuk menikmati kegembiraan perayaan ini.

“Pasukan kami telah melangkah lebih jauh tahun ini dengan membawa semangat ‘oooh-la-la’ ke dalam perayaan melalui inisiatif ‘Ular-lar’ kami. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada rumah-rumah kebajikan di seluruh Malaysia atas kerjasama mereka dalam menjayakan usaha untuk menjadikan perayaan ini lebih bermakna untuk para penghuni mereka. Selamat Tahun Baru Cina kami ucapkan; semoga tahun ini membawa tuah dan kesejahteraan kepada kita semua,” tambah Zaleha.

Para sukarelawan dari Yayasan MR D.I.Y. bergambar di Tian Hou Chinese Temple di Kuala Terengganu

Saksikan video CSR Tahun Baru Cina ‘Ular-lar’ MR D.I.Y. di saluran YouTube rasmi mereka: https://youtu.be/bp0jmdpxfK0?si=FqBx2bp_QgSVE0qy

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Tahun Baru Cina MR D.I.Y., lawati laman web MR D.I.Y di mrdiy.com, mrdiy.com.my, Facebook, Instagram, dan TikTok.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.