Siakap Keli
Banjir Terburuk Sarawak
Gambar: Bernama

Dilabel Banjir Terburuk Di Sarawak, Syarikat Ini Terawal Turun Padang Tapi Ini Yang Mereka Buat

Dilabel Banjir Terburuk Di Sarawak, Syarikat Ini Terawal Turun Padang Tapi Ini Yang Mereka Buat

Seperti yang semua tahu, banjir yang melanda di Sarawak ketika ini dilabelkan sebagai banjir terburuk yang pernah berlaku di Bumi Kenyalang itu.

Dengan beberapa bandar utama terjejas teruk akibat musibah ini, melibatkan puluhan ribu mangsa malah kes kematian juga dilaporkan berlaku.

Menurut portal Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan seramai 12,486 mangsa banjir direkodkan dengan 3,648 keluarga ditempatkan di 62 PPS pada 2 Februari lalu.

Bintulu daerah paling teruk terjejas dengan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi 5,885 orang daripada 1,649 keluarga.

Ketika bencana ini melanda, pelbagai tindakan dan usaha dilakukan oleh pihak-pihak berwajib dalam memastikan semua mangsa banjir selamat daripada pelbagai aspek.

Begitu juga dengan satu pihak daripada syarikat ternama di Malaysia ini, mereka telah melakukan perkara yang sangat diperlukan mangsa terjejas ketika waktu-waktu genting.

Syarikat yang dimaksudkan adalah PETRONAS, yang turut sama turun padang menghulurkan bantuan kecemasan bagi mangsa banjir.

Misi bantuan di Miri Bintulu dan Kuching

Banjir Terburuk Sarawak

Pada 31 Januari misi bantuan pada mulanya disalurkan ke kawasan paling terjejas teruk di Bintulu selain Miri dan Kuching. 

Difahamkan, beberapa kawasan ditenggelami air hingga memaksa penduduk menyelamatkan diri di atas bumbung rumah.

Untuk pengetahuan, lebih 1,900 mangsa banjir ditempatkan di beberapa PPS di Bintulu sahaja.

Dalam misi ini, anak Syarikat Petronas Carigali Sdn Bhd, Kumpulan Malaysia LNG ( MLNG) dan ASEAN Bintulu Fertiliser Sdn Bhd (ABF) antara yang terlibat dalam membawa mengagihkan bantuan kecemasan asas seperti makanan, minuman dan kit kebersihan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Banjir Terburuk Sarawak

Sumbangan Kepada Barisan Hadapan 

Mengenang penat lelah, kesungguhan para frontliner dalam membantu mangsa banjir, PETRONAS Sarawak turut memberikan sumbangan kepada wira negara ini di Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Negeri Sarawak di Kuching pada 1 Februari.

Bukan itu sahaja, PETRONAS juga sempat menyalurkan bantuan di beberapa kawasan terjejas seperti Segedup, Batu Kawah, Samarahan dan Serian.

Dalam usaha memperluaskan misi bantuan, PETRONAS turut sama menghulurkan bantuan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak.

Banjir Terburuk Sarawak

Lebih istimewa, kehadiran YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari menyokong usaha yang dilakukan anak syarikat PETRONAS.

Banjir Terburuk Sarawak

Secara tidak langsung, kehadiran sosok pemimpin itu di Miri sekaligus mengukir senyuman di raut wajah mangsa banjir di PPS.

Banjir Terburuk Sarawak

Berkat usaha PETRONAS ini, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir dan menjadi asbab untuk mereka memulakan semula kehidupan yang lebih baik.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: