Siakap Keli

Pos Malaysia Melantik Sid Hart Sebagai Ketua Baharu Redly Express

Pos Malaysia Melantik Sid Hart Sebagai Ketua Baharu Redly Express

KUALA LUMPUR, 4 Februari 2025 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia  perkhidmatan pos dan bungkusan nasional dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Sid  Hart sebagai ketua baharu Redly Express, perkhidmatan kurier antarabangsa Pos Malaysia berkuatkuasa pada 3 Februari 2025. Sid akan melaporkan diri kepada Sumesh Rahavendra,  Ketua Pegawai Transformasi & Digital Kumpulan.  

Sumesh Rahavendra berkata, “Dengan kepakaran beliau yang terbukti dalam penjenamaan  semula organisasi untuk kejayaan global, Sid sudah pasti akan menjadi aset yang sangat  berharga kepada Pos Malaysia. Beliau dikenali kerana kepimpinannya dalam inisiatif yang  memfokuskan strategi komersial, memacu pertumbuhan bahagian pasaran, dan meningkatkan  kualiti perkhidmatan. Keupayaan beliau untuk membina hubungan yang kukuh dengan pihak  berkepentingan, mengoptimumkan operasi, dan memupuk budaya penambahbaikan berterusan secara konsisten menghasilkan keputusan positif yang berkekalan dan hasil jangka panjang yang  menguntungkan.” 

sid hart

Mengulas mengenai pelantikannya, Sid berkata, “Saya teruja untuk menyertai Redly Express  pada masa yang begitu kritikal bagi industri ini. Seiring dengan perkembangan pesat pasaran,  fokus kami adalah untuk memacu pertumbuhan, mengukuhkan kerjasama serta memberi nilai  sebenar kepada pelanggan kami. Kami berpeluang untuk memperluaskan capaian global kami  dan menetapkan piawaian baru dalam sektor logistik antarabangsa.” 

Sid adalah seorang pemimpin strategik dengan pengalaman antarabangsa serta kepakaran luas  dalam industri pos, logistik, hubungan antarabangsa, dan kurier serta penghantaran bungkusan ekspres. Beliau berpengalaman dalam memacu pertumbuhan organisasi, mengatasi cabaran  yang kompleks, dan menyampaikan hasil transformasi melalui inovasi strategik dan pelaksanaan  yang tegas. 

Dalam peranan baharunya, Sid akan memberi tumpuan kepada penyeliaan semua pendapatan antarabangsa, termasuk Redly Express dan perniagaan transshipment yang sedia ada. Sebelum  menyertai Pos Malaysia, Sid pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Perniagaan  Antarabangsa di Singapore Post, dan telah memegang beberapa peranan kepimpinan strategik,  termasuk Pengarah Urusan Asia Pacific Post Cooperative, dan Ketua Pegawai Pendapatan di  HypaShip. 

Kekal terhubung dengan Pos Malaysia melalui www.pos.com.my atau ikuti kami di Facebook,  X, Instagram, Tik Tok, YouTube, dan LinkedIn. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: