Siakap Keli
Rangkaian Restoran Steak Premium Kays Steak & Lobster Buka Cawangan Ke 4 Di Elmina Temu
Gambar Hiasan

Rangkaian Restoran Steak Premium Kays Steak & Lobster Buka Cawangan Ke 4 Di Elmina Temu

Rangkaian Restoran Steak Premium Kays Steak & Lobster Buka Cawangan Ke 4 Di Elmina Temu

Shah Alam , 4 Februari 2025 – Restoran Kay’s Steak & Lobster restoran yang berkonsepkan kasual “semi fine dine” yang menyajikan menu stik dan udang kara premium kini melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu.

Lokasi Elmina menjadi pilihan kerana ia menepati sasaran pelanggan Kays Steak  & Lobster yang berada di pinggiran bandar Lembah Kelang yang sedang rancak membangun serta berpendudukan padat , kurang persaingan dan mempunyai kuasa beli yang besar.

Menurut Pengarah Urusan Kays Steak & Lobster Muhammad Aizuddin Mohd Khalid, lokasi di Elmina menjadi pelengkap sasaran lokasi di Lembah Klang yang mensasarkan pelanggan di bahagian Utara Lembah Klang seperti mana cawangan Putraheight untuk bahagian barat Lembah Klang, cawangan di Putrajaya di bahagian barat Lembah Klang serta Ampang untuk sekitar kejiranan bahagian tengan Lembah Klang.

Tambah Aizuddin, pemilihan lokasi setiap Restoran Kays Steak & Lobster yang berada di kawasan pinggiran bandar berbanding berada di tengah tengah Kuala Lumpur kerana ia adalah salah satu strategi untuk mengurangkan kos operasi dan juga strategi untuk bertahan lama dan juga kekal di pasaran.

Kay’s Steak & Lobster yang sudah beroperasi lebih 10 tahun telah mendapat penarafan sijil halal dari Jakim menyajikan hidangan popular atau pilihan ramai seperti Udang Kara ,Stik dan juga Beef Wellington. Cawangan pertama yang dibuka pada tahun 2014 adalah di Putaheight.

Apa yang menarik dan istimewanya tentang hidangan di sini, udang kara yang di hidangkan diimport dari Boston atau Canada secara hidup bukannya sejuk beku, begitu juga daging stik di import dari Australia iaitu daging jenis premium seperti daging dari pembekal Stanbroke yang terbukti tinggi kualitinya serta sangat sangat juicy serta tidak dibekukan dan yang penting terjamin halal.

Hidangan stik di Kay’s Steak & Lobster masih dikira mampu milik dengan harga bermula dengan RM130 ringgit untuk stik ribeye manakala untuk hidangan lobster setiap hidangan berharga di antara 300 ringgit dengan berat lobster antara 700 ke 800 gram.

Kay’s Steak & Lobster adalah lokasi makan seisi keluarga termasuklah mereka yang mempunyai anak kecil dan seringkali menjadi lokasi untuk sesetengah pelanggan meraikan detik gembira seperti hari ulang tahun kelahiran atau ulang tahun perkahwinan.

Menurut Aizuddin, restoran Kay’s Steak & Lobster bakal membuka satu lagi cawangan baru di KLGCC, Kuala Lumpur pada bulan Ogos ini dengan sedikit konsep yang berbeza dan mula mengintai untuk memasuki pasaran Johor Bahru dan Pulau Pinang pada suku tahun pertama 2026 .

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui menu hidangan atau membuat tempahan ,sila ikuti maklumat lanjut di https://www.kaysteaklobster.com/.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.