Siakap Keli
sijil pengurusan anti rasuah

Amanahraya Terima Sijil Pengurusan Anti Rasuah Bukti Tadbir Urus Yang Baik

Amanahraya Terima Sijil Pengurusan Anti Rasuah Bukti Tadbir Urus Yang Baik

Kuala Lumpur, 7 Februari 2025 Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) hari ini telah menerima Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016 dalam sebuah acara rasmi yang diadakan di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur. 

Sijil berkenaan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan, Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya. 

Ahmad Feizal Sulaiman Khan dalam ucapannya berkata, ‘penerimaan sijil (ABMS) MS ISO 37001:2016 ini merupakan bukti komitmen teguh Amanah Raya dalam memperkukuhkan budaya integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan organisasi. 

Tambah beliau lagi ‘sebagai agensi kerajaan yang telah beroperasi lebih daripada satu abad, AmanahRaya sentiasa menitikberatkan amalan tadbir urus yang baik dalam setiap aspek perkhidmatan. 

sijil pengurusan anti rasuah

Kepercayaan rakyat Malaysia terhadap profesionalisme Amanah Raya terbukti di mana sejak penubuhannya Amanah Raya telah mengurus lebih 1.1 juta Wasiat, lebih 350,000 kes Pentadbiran Pusaka dan 67,000 fail amanah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM21 bilion untuk rakyat Malaysia. Kini, Amanah Raya sedang menguruskan lebih 13,000 kes pusaka dan lebih kurang 41,000 fail amanah, dengan jumlah nilai dianggarkan RM3 bilion

Pencapaian ini mengukuhkan lagi keperluan untuk memastikan sistem pengurusan yang lebih telus dan berintegriti dalam organisasi. Pensijilan ini mencerminkan komitmen AmanahRaya dalam mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap ketelusan operasi syarikat. 

Dengan adanya sistem kawal selia yang lebih ketat, Amanah Raya akan dapat mengekalkan kepercayaan pelanggan dan memastikan kelangsungan perniagaan yang mampan.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.