Siakap Keli
burkina faso kereta elektrik
Kredit: ITAOUA

Burkina Faso Perkenal Kereta Elektrik Tempatan Pertama

100 Peratus Buatan Tempatan, Burkina Faso Perkenal Kereta Elektrik Pertama

Sejarah tercipta bagi Burkina Faso selepas memperkenalkan jenama kereta elektrik pertama negara itu baru-baru ini.

Menurut The Habari Network, kereta itu dibangunkan sepenuhnya oleh pengeluar kereta tempatan iaitu ITAOUA.

Kenderaan inovatif itu juga dicipta menggunakan sumber dan kepakaran tempatan.

Perkembangan ini sekaligus menandakan satu peristiwa penting dalam pembangunan perindustrian dan teknologi di negara itu. Ia juga menyerlahkan keazaman Burkina Faso untuk menjadi hab teknologi di Afrika Barat.

Kereta elektrik itu juga adalah lambang kebanggan Burkina Faso dalam menghasilkan teknologi bertaraf dunia secara tempatan.

BACA: Kereta Elektrik Tenaga Solar Pertama Di Dunia, Mampu Dipandu Berbulan-bulan Tanpa Cas

ITAOUA berkata inovasi tidak hanya terhad kepada kuasa besar tetapi boleh bercambah dan berkembang dari tengah-tengah Sahel di Afrika.

Pada majlis pelancaran beberapa hari lalu, syarikat itu memperkenalkan model Native dan Sahel yang menampilkan teknologi termaju seperti GPS, Bluetooth dan pengecasan solar.

Kereta tersebut juga mempunyai ciri yang mengagumkan termasuk boleh bergerak dalam jarak 330 kilometer selepas hanya dicas selama 30 minit. Ia menjadikannya sesuai untuk persekitaran bandar dan luar bandar.

Dengan kilang pengeluaran terletak di salah satu daerah utama Burkina Faso, jurutera mereka bertanggungjawab ke atas proses reka bentuk dan pembuatan. Hal ini dapat mempamerkan keupayaan negara itu dalam sektor automotif.

BACA JUGA: Perodua Keluarkan Kereta Elektrik Mampu Milik Hujung Tahun 2025

Pelancaran kereta elektrik ini juga dijangka dapat memberikan impak yang besar kepada ekonomi Burkina Faso.

Manakan tidak, ia boleh menjana ribuan pekerjaan dalam sektor pembuatan, jualan, penyelenggaraan dan tenaga boleh diperbaharui.

Di samping itu, Burkino Faso juga dapat mengurangkan ‘jejak karbon’ dan memulihara rizab pertukaran asing apabila mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil dan kenderaan import.

Pasaran kenderaan elektrik Afrika bernilai $11.94 bilion pada 2021 dan dijangka mencecah $21.39 bilion menjelang 2027. Ia merupakan peningkatan sebanyak 10.2 peratus setiap tahun.

Sumber: The Habari Network, The Electricity Hub

BACA JUGA: 8 Kelebihan Pilih Kereta Elektrik Patut Anda Tahu

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.