Siakap Keli
kpkt

Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 : KPKT Memperkukuh Perpaduan Dan Keharmonian

Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 : KPKT Memperkukuh Perpaduan Dan Keharmonian

PUTRAJAYA, 6 Februari 2025 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 yang berlangsung penuh meriah di Pekarangan KPKT tengah hari ini. Sambutan ini merupakan simbolik semangat perpaduan, keharmonian dan kepelbagaian budaya di negara ini.  

Bertemakan “MADANI Muhibah”, sambutan ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan perpaduan pelbagai kaum dengan meraikan keunikan budaya Cina melalui pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan tarian naga, persembahan kebudayaan, hidangan pelbagai juadah istimewa dan pemberian angpau kepada kanak-kanak. 

YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM) berkata, “Majlis MADANI Muhibah ini diadakan bagi  melahirkan rasa hormat – menghormati sesama insan dan meraikan kepelbagaian serta semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya warga KPKT. Tahun Baharu Cina bukan sekadar perayaan masyarakat Cina, tetapi juga peluang untuk kita  semua memahami dan menghargai warisan budaya yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia”. 

Menurut beliau lagi, “Sambutan seperti ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada warga kerja KPKT untuk mengharungi 2025 dan mencipta lebih banyak kejayaan dan  kecemerlangan selari dengan konsep “Greater HEIGHTS”. 

kpkt

Konsep “Greater HEIGHTS” menerapkan nilai Humility (rendah hati), Ethics (etika),  Integrity (integriti), Gung-Ho (semangat kerja keras), Honesty (kejujuran), Teamwork  (kerjasama) dan Succes (kejayaan). 

Majlis ini mendapat kerjasama dari Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Syarikat  Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan  Pembersihan Awam (SWCorp) sebagai rakan strategik utama. Ia juga turut disokong oleh  syarikat konsesi seperti SWM Environment Sdn. Bhd., Alam Flora Sdn. Bhd. dan E Idaman Sdn. Bhd bagi menjayakannya.

Terdapat lebih dari 25 menu variasi rakyat Malaysia disediakan bagi menyantuni tetamu  yang hadir. Antara menu istimewa yang disajikan adalah ‘Fire Kitchen Abang Bomba’, ‘Pasembor Penang’, ‘Cendol Songkok Tinggi’, ‘Apam Balik Seri Menanti’ dan banyak lagi. 

kpkt

Di samping itu, Kampung Baru Cina turut menyajikan pelbagai makanan daripada produk  usahawan mereka. Pada tahun 2025, KPKT mensasarkan produk Kampung Baru Cina sebagai produk pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).  Sehingga 2024, sejumlah 613 buah Kampung Baru Cina adalah di bawah seliaan KPKT. 

Kini, Kerajaan MADANI turut memutuskan hal ehwal pembangunan dan kesejahteraan perkampungan masyarakat India turut diletakkan di bawah KPKT. Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha berterusan KPKT dalam memastikan kemakmuran dan  kesejahteraan menjadi milik semua kaum di negara ini.  

kpkt

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Dr. Zaliha binti Mustafa;  Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Bin Abu Bakar; Timbalan Menteri  KPKT, YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu; Timbalan-timbalan Menteri, Ketua  Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Taib serta pegawai-pegawai kanan  Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah KPKT. Majlis turut diserikan dengan  kehadiran hampir 2,500 orang warga KPKT, jabatan dan agensi, pemegang taruh, rakan rakan strategik serta pengamal media. 

KPKT komited menyokong segala usaha kerajaan untuk membangunkan tanah air yang  lebih mampan dan makmur. Sikap saling menghormati sesama rakyat sebagai norma sosial dan budaya perlu sentiasa dipupuk bagi menyuburkan sifat ihsan, peduli dan kasih  sayang demi kesejahteraan rakyat. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.