Siakap Keli
Kredit: Gambar ImageFX

Hujan Lebat Di 3 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Hujan Lebat Di 3 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 8 malam ini.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook itu, seluruh WP Labuan dijangka alami hujan lebat.

Manakala di Sarawak, kawasan Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang sahaja dijangka hujan.

Keadaan cuaca di Sabah pula menunjukkan angin kencang dan hujan lebat bakal melanda daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).

Beralih ke Semenanjung, hanya negeri Perak diramal menerima hujan. Antara daerah yang tersenarai ialah Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,’ maklum jabatan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar mengamalkan langkah berjaga-jaga dan peka dengan perubahan cuaca sekeliling. Elakkan berada di lokasi berisiko.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Sementara itu, Bernama melaporkan jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat manakala jumlah mangsa banjir di Sarawak semakin menurun petang ini.

Setakat jam 4 petang tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah. Jumlah pemindahan mangsa banjir itu meningkat berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.

Menurut kenyataan tersebut, pusat pemindahan sementara (PPS) Keningau sudah ditutup. Namun begitu, jumlah mangsa di daerah Beaufort dan Kinabatangan semakin bertambah.

“Seramai 430 orang (137 keluarga) ditempatkan di tiga PPS di Beaufort, 278 orang (71 keluarga) di dua PPS Kinabatangan dan 13 orang (empat keluarga) di Tambunan.

“Sebanyak enam PPS di Sabah dibuka melibatkan tiga daerah iaitu tiga PPS di Beaufort, dua di Kinabatangan dan satu PPS di Tambunan,” lapor kenyataan tersebut.

Di Sarawak pula, jumlah mangsa banjir menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, semakin menurun. Dua PPS ditutup apabila mangsa banjir menurun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 mangsa pagi tadi.

BACA: Bantuan SARA: Warga Emas Bonceng Motosikal 20KM Beli Barang Keperluan

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.