Kalimullah Imbas Kenangan Lama Sewaktu Ziarah Tun Abdullah
Bekas Pengerusi Eksekutif ECM Libra Kuala Lumpur, Dato’ Seri Kalimullah Hassan telah menziarahi Tun Abdullah Ahmad Badawi atau mesra dipanggil Pak Lah di kediamannya, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Kalimullah mengatakan Tun Abdullah mempunyai hobi dalam mengumpul tongkat dan patung kuda sejak dari dahulu lagi.
“Saya mengenalinya sejak tahun 1979 dan kami telah bersahabat sejak 1987. Kini persabahatan kami sudah mencecah 38 tahun
“Sepanjang pengalaman saya, saya belum pernah melihat ahli politik Malaysia yang lebih baik daripada Abdullah. Dia adalah jenis yang kita katakan ‘tiada sekelumit kejahatan dalam dirinya’,” ujar beliau.
Pak Lah hanya mendengar dengan penuh perhatian
Ketika Tun Abdullah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Kalimullah sempat bergurau bersama beliau untuk membawa ahli menteri yang bermasalah ke ‘bilik rotan’ dan memberikan enam sebatan menggunakan rotan yang berbeza.
“Hari ini, saya sekali lagi melawatnya bersama seorang lagi sahabat lama, Michael Vatikiotis, bekas editor Far Eastern Economic Review dan Khairy Jamaluddin @khairykj iaitu menantu Pak Lah,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Sebelum ini, Tun Abdullah telah disahkan menghidap demensia dan penyakit ini membuatkan beliau hanya mendengar dengan penuh perhatian, walaupun tanpa berkata apa-apa ketika mereka sedang berbual.
Mereka turut dikenali sebagai Fourth Floor
“Saya ternampak sebuah patung kuda terracotta lama di antara koleksi beliau, yang saya peroleh di China bertahun-tahun lalu.
“Tongkat-tongkat yang beliau beli ketika lawatan ke luar negara pula telah dibingkaikan di koridor pintu masuk. Tun Jeanne kelihatan sihat, namun usia semakin menjejaskan kita semua,” tambahnya lagi.
Bersama hantaran itu, Kalimullah kemudian turut memuat naik beberapa gambar lama ketika mereka dikenali sebagai Fourth Floor.
BACA: Polis Sahkan Terima Laporan Penemuan Bangkai Kucing
BACA: Perbicaraan Kes Pengabaian: Ibu Zayn Rayyan Jerit “Ini Salah Mommy” – Saksi
BACA: Pengantin Wanita Viral Miliki Ketinggian Luar Biasa Meninggal Dunia
BACA: Kerajaan Lantik Tiga Syarikat Baharu Pemeriksaan Kenderaan Motor – Loke
Sumber: kalimullah via Instagram