Siakap Keli
peperiksaan spm 2024

Peperiksaan SPM 2024 Berjalan Lancar, Penghargaan Kepada Semua Yang Terlibat 

Peperiksaan SPM 2024 Berjalan Lancar, Penghargaan Kepada Semua Yang Terlibat 

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 telah berjalan lancar bermula pada 2 Disember 2024 hingga 6 Februari 2025. Seramai  402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.  

Walaupun peperiksaan SPM Tahun 2024 telah berlangsung dalam musim Monsun Timur Laut yang menyebabkan bencana banjir di  beberapa buah negeri, ia telah berjaya dilaksanakan dengan baik.

Ini  adalah hasil kesiapsiagaan awal, pengurusan cekap dan kerjasama erat dengan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara  (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan  Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan  Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian  Kesihatan Malaysia, jabatan pendidikan negeri, pihak sekolah, ibu bapa  dan komuniti. 

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua 126,636  petugas peperiksaan yang turut melibatkan 5,780 sukarelawan dalam  kalangan orang awam termasuk pesara guru yang telah dilantik bagi  memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan  SPM Tahun 2024.  

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM  Tahun 2024 atas semangat juang, kecekalan dan kejayaan menduduki  peperiksaan termasuk dalam situasi mencabar. 

KPM mendoakan yang terbaik untuk semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024. Semoga kejayaan menjadi milik anda untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.  

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.