Siakap Keli
Aset Maritim Malaysia

Peningkatan Aset Maritim Malaysia Perkukuh Operasi Di Laut

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggunakan beberapa aset seperti Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV), Multi-Purpose Mission Ship (MPMS), dan New Generation Patrol Vessel (NGPV) untuk mengukuhkan pertahanan di perairan negara. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, penambahan aset ini akan mempertingkatkan keupayaan operasi APMM dalam memantau dan mengawal aktiviti di perairan Malaysia. 

“Perolehan OPV yang boleh membawa helikopter akan membolehkan APMM meningkatkan tempoh keberadaan di laut serta memperluaskan skop pemantauan maritim,” katanya dalam satu kenyataan. 

Mohd Rosli berkata demikian mengulas sumbangan dan kejayaan sepanjang dua dekad APMM menjaga perairan negara daripada ancaman jenayah maritim. 

Aset Maritim Malaysia

Tambah Rosli, perolehan beberapa aset seperti Kapal dan bot dalam inventori Maritim Malaysia bakal mengukuhkan keupayaan penguatkuasaan maritim bagi mengekang pelbagai ancaman termasuk penyeludupan, pemerdagangan manusia, dan pencerobohan nelayan asing. 

“Aset baharu ini bukan sahaja meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi tetapi juga membolehkan tindakan pantas diambil terhadap sebarang ancaman maritim,” katanya. 

Selain operasi penguatkuasaan, aset ini turut digunakan dalam misi kemanusiaan dan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di perairan Malaysia dan sekitarnya. 

“Kehadiran aset-aset ini membolehkan APMM menjalankan misi menyelamat dengan lebih efektif, khususnya dalam kes kecemasan yang melibatkan kapal dan mangsa di laut,” ujarnya. 

Aset Maritim Malaysia

Menurutnya, penambahan aset ini juga selaras dengan strategi APMM untuk memastikan keselamatan perairan negara melalui pemodenan teknologi dan peningkatan kapasiti operasi. 

“Dengan adanya kapal OPV, MPMS dan NGPV, APMM akan lebih bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Dalam tempoh dua dekad, APMM telah mencatatkan kejayaan besar dalam membanteras jenayah maritim dan memastikan perairan negara selamat daripada ancaman luar. 

“Kami akan terus berusaha mempertingkatkan keberkesanan operasi bagi memastikan kedaulatan perairan negara terus terpelihara,” tambahnya.

Aset Maritim Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: