Siakap Keli
rang-undang-undang perkhidmatan bomba
Sumber : BERNAMA

JBPM Membentangkan Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025

JBPM Membentangkan Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025

KUALA LUMPUR (17 Februari 2025), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membentangkan Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di Parlimen Malaysia pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen  Kelima Belas. (Minggu Pertama Bulan Mac). 

Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341] merupakan suatu akta untuk membuat peruntukan yang perlu bagi JBPM berfungsi dengan berkesan dan cekap, untuk melindungi nyawa dan harta daripada risiko kebakaran, kecemasan  dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengannya. 

Fokus utama pada pindaan kali ini adalah bagi mengatasi isu dan cabaran  berkaitan pengurusan dan pengawalseliaan perkara berikut: 

i. Pasukan Bomba Sukarela (PBS);

ii. Perunding Keselamatan Kebakaran dan Firma Perunding Keselamatan  Kebakaran;

iii. Orang Kompeten dan Kontraktor Keselamatan Kebakaran;

iv. Kelengkapan Menentang Kebakaran atau Pepasangan Keselamatan  Kebakaran;

v. Penyedia Latihan dan Pengajar; dan

vi. Pasukan Bomba Persendirian.

Pindaan terhadap Akta 341 adalah penting bagi membolehkan JBPM terus  berkembang sejajar dengan hasrat Kerajaan dalam usaha merakyatkan  perkhidmatan kebombaan dan memastikan keselamatan rakyat serta kelestarian  negara melalui pendekatan pelindungan nyawa dan harta daripada risiko  kebakaran dan kecemasan.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: