Siakap Keli
Standard kecantikan
Kredit: Gambar AI

‘Unik’, Beauty Standard Wanita Mauritania Curi Tumpuan

‘Unik’, Beauty Standard Wanita Mauritania Curi Tumpuan

Sejak zaman berzaman, kecantikan sering diukur berdasarkan pelbagai standard (beauty standard) yang berbeza mengikut budaya, lokasi dan peredaran zaman.

Setiap negara mempunyai tafsiran tersendiri tentang apa yang dianggap menarik, dan konsep ini tidak terkecuali di Mauritania, sebuah negara di Afrika Barat.

Di kebanyakan negara, tubuh yang ramping sering dikaitkan dengan kesihatan dan kecantikan.

Sebaliknya, di Mauritania pula, badan yang ‘berisi’ adalah simbol kejelitaan, kemakmuran dan kesuburan.

Keunikan ini telah menarik perhatian dunia kerana ia berbeza dengan norma kecantikan moden yang banyak dipengaruhi oleh budaya Barat.

Wanita ‘berisi’ calon isteri yang ideal

Dalam masyarakat Mauritania yang berasaskan sistem patriarki, wanita bertubuh besar dianggap sebagai lambang kekayaan suami mereka.

Hal ini kerana, secara tradisional, hanya lelaki yang mampu menyediakan makanan yang mencukupi untuk isterinya dapat memastikan badan mereka kekal berisi.

Oleh itu, semakin besar tubuh seorang wanita, semakin tinggi status sosialnya di mata masyarakat.

Asal-usul standard kecantikan ini dapat dikesan sejak zaman nomad, di mana sumber makanan sukar diperoleh.

Wanita yang memiliki tubuh besar dianggap lebih sihat dan mempunyai peluang lebih tinggi untuk bertahan dalam keadaan cuaca yang ekstrem.

Tambahan pula, mereka dikatakan lebih subur dan matang secara fizikal, menjadikan mereka calon isteri yang ideal.

“Leblouh” & “ladang pemakanan”

Untuk memastikan wanita mencapai bentuk badan yang diidamkan, satu amalan dikenali sebagai “leblouh” diperkenalkan.

Amalan ini melibatkan pemaksaan makan dalam jumlah yang ‘luar biasa’ kepada kanak-kanak perempuan seawal usia lima tahun.

Ibu bapa yang mengamalkan leblouh percaya bahawa semakin cepat seorang anak perempuan mencapai berat badan yang tinggi, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat jodoh yang baik.

Bahkan, ada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke “ladang pemakanan”, tempat mereka diberi makanan berkalori tinggi secara berlebihan bagi mempercepatkan proses pertambahan berat badan.

Dalam sesetengah kes, pengambilan kalori harian mereka boleh mencecah 16,000 kalori, jauh lebih tinggi daripada keperluan manusia biasa.

Perubahan persepsi & kemerosotan amalan “Leblouh”

Namun, dalam era moden ini, amalan leblouh semakin berkurangan di kawasan bandar berikutan kesedaran tentang risiko kesihatan yang dibawanya.

Kerajaan Mauritania bersama badan hak asasi manusia berusaha untuk menghapuskan amalan ini melalui pendidikan, kempen kesedaran serta program pemerkasaan wanita.

Walaupun begitu, di kawasan luar bandar, tradisi ini masih berakar umbi.

Ramai yang masih percaya bahawa tubuh berisi adalah simbol kecantikan dan status sosial yang tinggi.

BACA: Sebab Cincin Kahwin Pakai Di Jari Manis

BACA: Lamaran Dasar Laut Jadi Viral, Komen Netizen Lagi ‘Win’

BACA: Rupanya Ini Maksud ‘Nombor’ Dalam Simbol Segi Tiga Pada Barangan Plastik

Sumber: National Geographic Indonesia, The New Humanitarian, Borgen Magazine, Harvard International Review

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: