Baru Buka Sekolah, Cikgu Kongsi “Perangai” Parent Buat Ramai Terhibur
Orang cakap, hanya mereka yang hebat dan tinggi rasa sabar sahaja yang mampu menjadi seorang guru.
Mana tidaknya, selain kena hadap kerenah murid-murid yang pelbagai, cikgu juga kena hadap kerenah ibu bapa yang tak kurang hebatnya.
“Siapa kata kerja guru tak penat?”
Pengguna TikTok, @pakostad9, yang dipercayai seorang guru, mencuri perhatian apabila berkongsi ‘gelagat’ ibu bapa yang cukup menguji kesabaran, tapi dalam masa yang sama, buat ramai geli hati.
“Siapa kata kerja guru tak penat? Baru dua hari persekolahan, dah keluar soalan macam ni,” katanya sambil menghela nafas panjang.
Mesej ‘mengejutkan’ dari ibu bapa
Apa yang paling mencuit hati adalah tangkap layar mesej yang dikongsikan oleh cikgu ini.
Mesej itu dikatakan daripada ibu bapa pelajarnya yang ‘unik’, di mana kalau kita baca, boleh tahan kelakar juga.
Perkongsian itu membuatkan netizen merasa ‘kasihan’ terhadap cikgu ini, tetapi dalam masa yang sama juga terhibur.
Tidak ketinggalan, ruangan komen di TikTok tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada warga maya.
Ramai yang memberikan komen-komen lucu dan mengakui bahawa mereka tidak mampu untuk menjadi seorang guru kerana tidak cukup sabar.
“Allah, jammed ni kalau nak jawab,”
“Pening lalat cikgu nak jawab. Sabar ya cikgu,”
“Sebab tu saya tak jadi cikgu. Saya baran orangnya,”
“Confirm ni yang sekolah anak sulungnya,”
“REHAT tu sejenis buku makan dan sembang sampai bunyi loceng,”
“Bukan buku, tapi duit tu. Jangan tanya berapa kena bagi duit belanja pula,”
Tidak dapat dinafikan, menjadi seorang guru memerlukan kesabaran yang luar biasa.
Namun, gelagat lucu seperti ini juga adalah sebahagian daripada pengalaman yang membuatkan kerjaya ini sangat berwarna-warni.
BACA: Wanita Kongsi Versi “Bekal Suami VS Bekal Isteri” Buat Ramai Terhibur
BACA: “Syafiq Kyle saya punya dah,” – Mimi Lana Minta Netizen Kenal Syazwan Razak Pula
BACA: ‘Unik’, Beauty Standard Wanita Mauritania Curi Tumpuan
Sumber: TikTok @pakostad9