Siakap Keli
Negara Jiran Cemburu Dengan Malaysia

Ini 6 Perkara Boleh Buatkan Negara Jiran Cemburu Dengan Malaysia

Ini 6 Perkara Boleh Buatkan Negara Jiran Cemburu Dengan Malaysia

Malaysia mempunyai pelbagai keunikan daripada pelbagai elemen, sama ada dari segi adat, budaya, berbilang kaum, tempat menarik dan juga makanan. Elemen-elemen inilah yang membuatkan Malaysia sebuah negara yang harmoni dan indah.

Bagi masyarakat Malaysia, sangat beruntung kerana boleh menikmati pelbagai keunikan khususnya bagi elemen makanan dan juga budaya setempat yang berbeza bagi setiap tempat. Mungkin juga, inilah faktor yang boleh membuatkan negara-negara jiran cemburu dengan Malaysia.

Tapi, apa yang ada pada elemen-elemen ini sehingga boleh buat negara jiran cemburu?

Setakat ini, ada enam perkara yang dikenal pasti yang mungkin boleh buatkan negara jiran cemburu dengan Malaysia. 

Kepelbagaian Budaya & Keharmonian

Malaysia terkenal sebagai negara yang majmuk dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum. Melalui perkara ini, pelbagai variasi tradisi, pakaian, makanan dan perayaan boleh dinikmati bersama-sama tanpa mengira bangsa. Antaranya bangsa Melayu terkenal dengan baju Melayu, bangsa Cina terkenal dengan perayaan Tahun Baharu Cina dan bangsa India pula terkenal dengan thosai ataupun roti canai.

Keindahan Alam Semula Jadi

Sebagai rakyat Malaysia, kita beruntung kerana berada di kedudukan yang tepat dengan pelbagai tempat menarik yang dihiasi keindahan semula jadi. Antaranya Malaysia mempunyai Taman Negara, Gunung Kinabalu, hutan hujan Belum-Temenggor. Bagi pantai dan pulau, Malaysia ada Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian yang sangat terkenal di mata dunia. Malaysia juga tidak ketinggalan dari aspek flora & fauna kerana ada Rafflesia, orang utan, tapir dan gajah pygmy Borneo.

Makanan Malaysia

Di Malaysia, makanan merupakan elemen terpenting yang berjaya menarik perhatian ramai orang. Sebagai buktinya di setiap festival makanan, pastinya dibanjiri ribuan orang. Malaysia mempunyai beberapa makanan yang terkenal seperti nasi lemak, laksa, roti canai dan rendang yang pasti memuaskan hati.

Negara Jiran Cemburu Dengan Malaysia

Kejayaan Ekonomi & Teknologi

Malaysia juga terkenal dengan pencapaian dalam industri halal yang sangat membantu dari segi pelancongan Muslim. Selain itu, Malaysia turut terkenal daripada industri pelancongan kesihatan dan juga teknologi hijau. Negara Malaysia turut mempunyai bandaraya moden seperti Kuala Lumpur, dengan ikon seperti Menara Berkembar Petronas dan juga Menara Merdeka 118.

Seni & Kreativiti

Bercakap tentang keunikan seni & kreativiti, Malaysia mempunyai seni tradisional yang pelbagai seperti batik, tenun Pahang, wau bulan dan seni ukiran kayu. Dari segi industri seni pula, Malaysia turut dihiasi dengan filem-filem tempatan serta lagu-lagu terkenal yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal di mata dunia seperti Joe Flizzow atau Yuna.

Negara Jiran Cemburu Dengan Malaysia

Diplomasi & Kepimpinan ASEAN

Malaysia boleh menonjolkan kepimpinan diplomasi dalam pelbagai isu serantau. Antaranya melalui kepakaran Malaysia di dalam pemantauan perubahan iklim, keselamatan maritim dan juga ekonomi Digital. Melalui tampuk kepimpinan Malaysia yang mempunyai kepakaran dan pengalaman tinggi, ia diyakini boleh membawa ASEAN ke satu sudut yang lebih membangun menuju kepada kemajuan yang maksima.

Malaysia Pengerusikan ASEAN 2025

Bermula 1 Januari 2025, Malaysia mempengerusikan ASEAN dengan meletakkan beberapa keutamaan, antaranya Visi Komuniti ASEAN 2045, wawasan bagi membimbing pembangunan rantai ini selama dua dekad yang akan datang.

Membawa tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, elemen-elemen utama bagi Pengerusian ASEAN 2025 ini adalah seperti merapatkan jurang pembangunan, tingkatkan taraf hidup dan juga mengurangkan kesan perubahan iklim.

Negara Jiran Cemburu Dengan Malaysia

Manfaat Malaysia Mempengerusikan ASEAN 2025

Malaysia bakal menikmati pelbagai manfaat dari pelbagai sektor menerusi perkara ini. Antaranya manfaat dari segi ekonomi dan perdagangan kepada Malaysia, memandangkan ASEAN dihuni lebih 600 juta penduduk. Perkara ini boleh dipraktikkan melalui kerjasama ekonomi yang menggalakkan perdagangan dan pelaburan negara-negara ASEAN.

Selain itu, Malaysia akan dapat menikmati banyak faedah melalui pelancongan di mana Malaysia sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026. Tempat-tempat menarik seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Perhentian dan banyak lagi akan menjadi lebih terkenal di mata ASEAN dan secara langsung mampu memberi impak kepada ekonomi rakyat.

Sebagai contoh, melalui Kepengerusian ASEAN, beberapa mesyuarat atau acara-acara berkaitan ASEAN boleh dianjurkan di destinasi pelancongan seperti Pulau Langkawi, di mana boleh membawa lebih ramai orang ke sana. Peniaga-peniaga di sana pula akan menikmati manfaat melalui pertambahan jualan oleh kehadiran delegasi ASEAN yang secara tidak langsung bakal mempromosikan keunikan Malaysia pada penduduk negara mereka.

Mereka juga akan didedahkan kepada keunikan Malaysia, sama ada dari segi kepelbagaian makanan, variasi pakaian, dan juga keindahan seni budaya serta sejarah di Malaysia.

Tapi bagaimana nak pastikan segalanya direalisasikan?

Di Malaysia, kita sangat beruntung kerana mempunyai kepimpinan yang baik bagi memaksimakan peranan dan usaha dimainkan setiap kementerian bagi memastikan fokus dan misi Kepengerusian ASEAN tercapai. Dengan diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengaruh besarnya di negara-negara ASEAN juga dapat membantu banyak bagi memastikan agenda-agenda ASEAN boleh direalisasikan. Kementerian-kementerian juga akan berusaha dengan lebih keras supaya segala tercatat dalam Misi dan Visi ASEAN 2025 akan tercapai. 

Secara keseluruhannya, kepengerusian ASEAN memberi Malaysia peluang untuk membentuk masa depan serantau dengan menekankan kerjasama erat dalam pelbagai bidang, sambil memperkukuhkan kedudukan negara di peringkat global. Dengan kewibawaan Perdana Menteri Malaysia, kita yakin bahawa visi dan misi ASEAN 2025 dapat direalisasikan dengan sempurna dan lebih baik.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: