Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
asal usul wau
Kredit: Chang Lah

Rupanya Ini Asal Usul Nama Wau

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Rupanya Ini Asal Usul Nama Wau

Tidak dapat disangkal, wau dan layang-layang sering menjadi permainan pilihan ketika keadaan atau musim berangin. Tambah pula jika berkelah di tepi pantai, permainan ini tidak hanya memberi kegembiraan kepada pemain, malah pengunjung lain yang turut terhibur menyaksikannya.

Di Pantai Barat Semenanjung, permainan wau mungkin tidak begitu terkenal. Namun, keadaan ini berlainan bagi mereka yang berada di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Sejarah Wau

Permainan tradisional ini dipercayai bermula di Kelantan, dicipta oleh Sang Jaya sekitar tahun 711 hingga 839 Masihi.

Menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Wau pada asalnya dicipta sebagai lambang kebesaran sesebuah negara, sebagai panduan untuk menentukan sesuatu arah serta menjadi lambang kejayaan setiap serangan yang dilakukan oleh sesebuah negara ke atas negara lain.

Kredit: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Selain Negeri Kelantan, permainan ini juga terkenal di negeri-negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu.

Menariknya, setiap jenis-jenis wau popular di negeri tertentu.

Jika Wau Bulan merupakan simbolik dan terkenal di Kelantan, Wau Burung pula popular di Terengganu. Begitu juga dengan Wau Jalabudi di Kedah.

Dari Mana Datangnya Perkataan “Wau”?

Dalam mengenali sejarah dan budaya permainan tradisional wau, sudah pasti ada yang tertanya-tanya, dari mana datangnya perkataan ‘wau’. Bagi menjawab persoalan ini, seorang lelaki berkongsi sebuah video yang dirakam ketika melawati Galeri Wau Pak Sapie and Sons di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Abe Anuar memberi penerangan berkenaan perkara tersebut. Abe Anuar merupakan pewaris dan penyambung warisan bapanya, Pak Sapie, seorang legenda dan adiguru dalam pembuatan wau.

Ketika Abe Anuar menggerakkan objek yang kelihatan seperti busur ke kiri dan ke kanan, busur tersebut menghasilkan bunyi ‘wau’ yang begitu kuat.

Kredit: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Menurut Abe Anuar, nama sebenar wau datang dari bunyi yang terhasil daripada wau itu sendiri

“Itu adalah perbezaan antara wau dan layang-layang. Bila dia terbang, tadi saya cakap dia tak duduk diam kan? Sekali dia ke kiri, dia akan hasilkan bunyi ‘wau’, ke kanan ‘wau’. Sentiasa berbunyi selagi tak terputus benda ni (tali busur wau),” jelasnya.

Katanya lagi, bunyi tersebut turut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Bagi mereka yang bermain wau, mereka tidak sentiasa berada di tengah panas untuk menerbangkan wau.

Pemain wau akan mengikat wau yang sedang diterbangkan di satu tempat dan berteduh di tempat berdekatan.

Dengan adanya bunyi tersebut, pemain dapat mengenal pasti wau miliknya masih berada di udara, menurut Abe Anuar lagi.

Jadi, itulah dia asal usul nama permainan tradisional wau. Semoga bermanfaat.

BACA: Jangan Buang, Lelaki Tunjuk Cara Buat Kopi Dari Biji Kurma

Sumber: Chang Lah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Misi Mencari Melayu