Windsor Collection Melancarkan Semula Alaia Titiwangsa
KUALA LUMPUR, Februari 2025 – ALAIA Titiwangsa, sebuah pembangunan apartmen servis premium di Taman Tiara Titiwangsa, telah dilancarkan semula oleh Windsor Collection. Ini susulan pengambilalihan Black Lotus Development Sdn Bhd, pemaju asal projek ini, oleh Kenneth Lau, pengasas Windsor Collection yang juga Pengerusi Multifield International Holdings Ltd, Hong Kong.
Dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM 285 juta, Kenneth Lau mengambil alih projek ini sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya di Malaysia. Menyedari lokasi strategik dan tawaran reka bentuk yang menarik oleh ALAIA Titiwangsa, beliau melancarkan semula pembangunan ini di bawah Windsor Collection, membawa kepakaran antarabangsanya ke pasaran tempatan.
Sebagai pengerusi Multifield, Kenneth menerajui sebuah syarikat yang mempunyai kehadiran kukuh di rantau Asia-Pasifik, dengan lebih tiga dekad pengalaman dalam pengurusan dan pembangunan kediaman, komersial, perumahan korporat, serta projek hospitaliti. Di bawah jenama Windsor Collection, beliau telah berjaya memperkenalkan projek hospitaliti dan komersial bertaraf antarabangsa di Shanghai dan Zhuhai, China, dan kini di Kuala Lumpur.
Pelancaran semula ini menandakan langkah pertama Windsor Collection di Malaysia dan mencerminkan komitmen untuk meningkatkan kehidupan bandar melalui reka bentuk berkualiti, kemudahan yang dikurasi, serta inisiatif pembinaan komuniti yang aktif.
Daryl Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Windsor Collection berkata pelancaran semula ini menandakan babak baru untuk ALAIA Titiwangsa, menyuntik tenaga baharu dan pengalaman kehidupan yang lebih mewah untuk pemilik rumah dan pelabur di mana komuniti bertemu eksklusiviti.
“Kami mengekalkan reka bentuk dan ciri asal, dan lebih 45% daripada unit telah dijual. Kami jangka permintaan kukuh akan berterusan sepanjang tahun ini.
“Pelancaran semula di bawah Windsor Collection membawa pengalaman antarabangsa kami dalam menyampaikan standard tinggi dalam pengurusan hartanah dan kehidupan berasaskan komuniti, mengukuhkan komitmen kami dalam menyediakan kediaman yang menggabungkan kemewahan dengan fungsi,” katanya.
Dijadualkan siap pada suku keempat 2026, ALAIA Titiwangsa merangkumi 436 unit apartmen servis setinggi 40 tingkat, dengan saiz unit bermula dari 635 kaki persegi hingga 1,012 kaki persegi. Unit ditawarkan dalam konfigurasi 1+1, 2+1 dan 3+1 bilik tidur dengan reka bentuk yang memudahkan susun atur perabot dan meminimumkan pembaziran ruang. Unit ALAIA Titiwangsa ditawarkan dalam dua orientasi pemandangan yang unik, unit yang menghadap ke utara menawarkan pemandangan indah Banjaran, manakala unit yang menghadap ke selatan memberikan panorama Kuala Lumpur dan Taman Tasik Titiwangsa.
Apartmen servis ini menyokong gaya hidup bekerja dari rumah dengan ruang kerja bersama yang bersepadu termasuk bilik mesyuarat peribadi. Penduduk juga boleh menikmati pelbagai ruang sosial, termasuk hab sosial yang meriah dengan 18 lot kedai yang dikurasi dan Kebun, sebuah taman hijau yang menampilkan pokok buah-buahan dan taman herba. Kemudahan lain termasuk Green Folly serta pelbagai kemudahan di Tingkat 40, seperti sky lounge, sky dining, jacuzzi, bilik karaoke, kolam renang infiniti, dan pawagam langit. Bumbung bangunan ini menawarkan pemandangan panoramik yang menakjubkan bagi bandar Kuala Lumpur dan Banjaran Titiwangsa.
Ia juga mempunyai pelbagai kemudahan lain, termasuk stesen pengecas kenderaan elektrik, trek joging, gimnasium langit, bilik permainan kanak-kanak dan kolam renang kanak-kanak. ALAIA dilengkapi dengan fasiliti keselamatan yang baik, termasuk pemantauan 24 jam, liputan CCTV di seluruh bangunan, akses terhad ke lobi lif dan kawasan kediaman, serta pintu keselamatan tambahan pada waktu malam untuk keselamatan yang lebih tinggi. Sebuah van aktiviti juga disediakan untuk eksplorasi hujung minggu yang meliputi makanan, alam semula jadi, seni dan akses ke stesen LRT dan MRT berdekatan.
Sempena pelancaran semula ini, Windsor Collection menawarkan promosi khas Tahun Baru Cina untuk pembeli rumah. Pelanggan yang membuat tempahan antara 1 Februari hingga 13 Mac 2025 akan menerima angpau eksklusif bernilai RM1,688, manakala program insentif rujukan akan memberi ganjaran kepada cadangan berjaya dengan yuran rujukan sebanyak 2%.
Insentif ini adalah sebahagian daripada strategi Windsor Collection untuk menggalakkan keterlibatan komuniti dan menyokong pembeli yang mencari kediaman di lokasi utama Kuala Lumpur. Daryl Ng menekankan bahawa ALAIA Titiwangsa direka bukan sekadar sebagai sebuah kediaman, tetapi Windsor Collection memberi tumpuan kepada pembinaan komuniti yang dinamik dan saling berhubung melalui pengalaman yang dikurasi dengan teliti. Beliau menyatakan bahawa kemudahan dan fasiliti projek ini mencerminkan komitmen untuk mewujudkan persekitaran di mana penduduk boleh hidup, berhubung dan berkembang.
ALAIA terletak berhampiran dengan sekolah antarabangsa (Wesley Methodist, International School of KL dan Sayfol International School); hospital swasta dan kerajaan (Tawakal, KPJ, HKL, Institut Jantung Negara, Columbia Asia, Gleneagles); hypermarket dan pasar raya (AEON, Giant, Jaya Grocers, Ben’s Independent Grocer); bank utama dan Taman Tasik Titiwangsa, yang semuanya berada dalam lingkungan 10km. Menambah lagi kemudahan untuk penduduk, ALAIA juga menawarkan akses mudah ke Lebuhraya DUKE untuk kesalinghubungan bandar yang lancar.
Untuk maklumat lanjut mengenai ALAIA Titiwangsa, layari www.alaia.com.my atau ikuti Windsor Collection di Facebook dan Instagram.