Siakap Keli
COURTS Malaysia Melancarkan Kempen Raya 2025: Tradisi Bertemu Inovasi
Gambar Hiasan

COURTS Malaysia Melancarkan Kempen Raya 2025: Tradisi Bertemu Inovasi

COURTS Malaysia Melancarkan Kempen Raya 2025: Tradisi Bertemu Inovasi

Kuala Lumpur, 14 Februari 2025 COURTS (Malaysia) Sdn Bhd hari ini secara rasminya melancarkan Kempen Raya 2025 bertemakan Tradisi Bertemu Inovasi di COURTS Setapak, Kuala Lumpur. Kempen ini menzahirkan komitmen COURTS dalam menghubungkan tradisi dan kemodenan, mewujudkan gabungan warisan dan inovasi yang lancar bagi memperkayakan lagi sambutan perayaan untuk semua rakyat Malaysia.

Majlis pelancaran ini dihadiri oleh rakan strategik, wakil media serta pelanggan setia COURTS. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, diikuti dengan bacaan doa. Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia, Harry Higashiura, dan Ketua Pegawai Operasi, Sam Chee Foo, menyampaikan ucapan yang menekankan visi syarikat dalam menyediakan penyelesaian kehidupan yang lebih baik dengan menekankan aspek mampu milik, mudah diakses, serta inklusif.

Ringkasan Kempen:

Kempen Raya 2025 menawarkan pelbagai manfaat menarik kepada pelanggan, termasuk:

  • Pulangan Tunai berjumlah sehingga RM2.5 juta – bagi setiap pembelian produk LG, pelanggan berpeluang untuk mendapatkan pulangan tunai sehingga RM2,500.
  • Diskaun Eksklusif – Potongan harga sehingga 30% untuk jenama terkenal seperti Sharp, Sony, Silentnight, dan NeckPro.
  • Pelan Pembayaran Mudah – Pilihan pembayaran fleksibel dan juga patuh Syariah untuk memudahkan akses kepada produk berkualiti tinggi.
  • Perkhidmatan Percuma – Penghantaran percuma, pemasangan percuma, serta pemasangan penghawa dingin pada harga terendah di  pasaran bermula dari RM99.
  • Penebusan Hadiah – Pelanggan berpeluang menebus hadiah bernilai sehingga RM2,000 dengan pembelian melalui pelan pembayaran ansuran.
  • Kempen ‘Beli & Menang’ – Peluang memenangi hadiah menarik seperti Samsung Galaxy S24 Ultra, TV Pintar Hisense, dan baucar tunai bernilai RM1,000 untuk 38 pelanggan yang berbelanja RM500 ke atas. Pembelian daripada rakan strategik turut menerima tiga kali ganda penyertaan.

Majlis pelancaran kempen ini disempurnakan melalui upacara simbolik ad ball, yang menggambarkan semangat kemeriahan perayaan serta dedikasi COURTS dalam menyediakan solusi yang inovatif. Sesi bergambar turut diadakan bersama barisan kepimpinan COURTS Malaysia dan rakan strategik terkemuka, termasuk:

  • En. Douglas Chung, Pengurus Besar LG Electronics Malaysia
  • En. Ting Yang Chung, Pengarah Urusan SHARP Electronics Malaysia
  • En. Chiw Yew Meng, Pengurus Besar SONY Malaysia
  • En. Koo Yee Fei, Ketua Pegawai Operasi NeckPro oleh Carest Bedding Sdn Bhd
  • En. Alec Liong, Pengurus Korporat Silentnight Malaysia

Kehadiran rakan strategik ini mengukuhkan jalinan kerjasama antara COURTS dan jenama-jenama utama dalam memastikan pelanggan menerima produk, perkhidmatan, serta nilai terbaik.

Sebagai sebahagian daripada acara ini, COURTS turut mempersembahkan pertunjukan fesyen eksklusif yang menampilkan Beg Christy Ng, yang akan tersedia untuk pelanggan pada akhir Februari. Kerjasama ini mencerminkan usaha COURTS dalam menggabungkan seni tempatan dengan inovasi global, meraikan kreativiti Malaysia.

Para hadirin turut disajikan dengan persembahan tarian budaya bertajuk When  Tradition Meets Innovation, yang secara artistik menggambarkan visi COURTS dalam mengharmoniskan warisan dengan kemajuan untuk mendekati pengguna moden tanpa melupakan akar budaya mereka.

Majlis diakhiri dengan sesi temu bual media, di mana Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, serta Ketua Pegawai Kewangan COURTS Malaysia, Lim Wai Fern, berkongsi pandangan mengenai hala tuju strategik syarikat dan inovasi kewangan dalam industri runcit.

Kempen Raya 2025 COURTS Malaysia mencerminkan komitmen teguh syarikat dalam memperkayakan kehidupan pelanggan dengan menawarkan penyelesaian inovatif yang berpusat kepada pelanggan, sambil mengekalkan keunikan tradisi perayaan dan mengadaptasi kemajuan kehidupan moden.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.