Kena Marah Sebab Disyaki Curi Duit, Remaja Tergamak Bakar Bapa
India — Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan telah bertindak membakar bapanya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2 Faridabad pada Selasa.
Memetik laporan NDTV, kejadian itu disedari oleh pemilik rumah yang terdengar jeritan mangsa pada jam 2 pagi.
Pintu terkunci dari luar
“Apabila saya cuba masuk ke dalam bahagian teres di mana mangsa dan anaknya tinggal bersama, saya mendapati pintu bilik mereka terkunci. Tetapi dengan bantuan seorang jiran, saya berjaya sampai ke teres dan melihat bilik itu terbakar.
“Mangsa juga menjerit dari dalam bilik pada ketika itu dan dia tidak boleh keluar kerana pintu terkunci dari luar,” kata pemilik rumah itu.
Menurutnya lagi, selepas pintu itu berjaya dibuka, mangsa berusia 55 tahun ditemui dalam keadaan melecur teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian.
BACA: Bapa Bunuh 4 Anak, Pakai Darah Tinggal Nota Pada Dinding
Dakwanya, suspek pula telah melarikan diri dengan melompat ke rumah orang lain.
Sementara itu pihak polis berkata kejadian bermula apabila mangsa telah menegur anaknya yang disyaki mencuri wang dari poketnya.
Berang dengan tuduhan itu, remaja terbabit telah menuangkan cecair mudah terbakar dan membakar bapanya.
Susulan itu, polis telah berjaya menahan remaja tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Difahamkan, mangsa dan anaknya yang berasal dari Mirzapur, Uttar Pradesh datang ke Faridabad dan menyewa sebuah bilik di teres rumah terbabit.
BACA JUGA: Bapa Bunuh Anak Kerana Dimarahi Habiskan Kari Ayam
Kebiasaannya, lelaki itu mengutip derma untuk tempat ibadah serta menjual kelambu dan barangan lain di pasar minggu bagi menyara diri dan anaknya.
Isterinya telah meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu, manakala empat orang anaknya yang lain sudah berkahwin dan tinggal berasingan.
Sumber: NDTV