Siakap Keli
pentaksiran alternatif sekolah menengah
Sumber : BERNAMA

Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah Tahun 2024

Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah Tahun 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) Tahun 2024 bagi  murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah selesai dilaksanakan  pada 7 Januari 2025. Seramai 4,886 orang MBPK dari 841 buah  sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi  sesi akademik 2024/2025 dan layak menerima Sijil Alternatif  Sekolah Menengah (SASM).  

SASM Tahun 2024 bagi MBPK akan dikeluarkan pada 26 Februari 2025  (Rabu) dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi

KPM sentiasa komited untuk terus memastikan ekuiti dan kesamarataan  pendidikan terjamin untuk semua murid seperti yang terkandung  dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. SASM adalah cerminan agenda pendidikan manusiawi KPM yang memastikan akses pendidikan yang terbaik untuk semua murid dan  tiada siapa yang terpinggir. 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN 

19 FEBRUARI 2025

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.