Siakap Keli
Agoda: TikTok Jadi Sumber Inspirasi Percutian Gen Z Malaysia, Destinasi Pantai dan Bandar Pilihan Utama
Sumber: Bernama

Agoda: TikTok Jadi Sumber Inspirasi Percutian Gen Z Malaysia, Destinasi Pantai dan Bandar Pilihan Utama

Agoda: TikTok Jadi Sumber Inspirasi Percutian Gen Z Malaysia, Destinasi Pantai dan Bandar Pilihan Utama

Kuala Lumpur, 18 Februari 2025 Dalam era digital yang didominasi oleh media sosial dan teknologi, golongan Gen Z di Malaysia (mereka yang berumur antara 18 hingga 27 tahun) sedang mengubah secara signifikan cara mereka merancang dan memilih destinasi percutian. Tinjauan Pelancongan Gen-Z Agoda yang terbaharu mendedahkan bahawa TikTok adalah sumber inspirasi utama bagi generasi yang mahir teknologi ini, dengan hampir satu pertiga (30%) menjadikannya sebagai platform pilihan mereka. 

TikTok diikuti oleh aplikasi percutian, seperti aplikasi mudah alih Agoda dengan 15%. Cadangan daripada rakan atau keluarga menyumbang 14% untuk inspirasi perjalanan mereka. Sebaliknya, generasi Boomer (berumur 44-59) lebih bergantung pada carian Google, dengan 23% menggunakannya sebagai sumber inspirasi utama mereka.

Tinjauan ini juga menunjukkan bahawa satu pertiga (34%) daripada pelancong Gen Z Malaysia lebih suka bercuti bersama pasangan, manakala hampir suku (24%) lebih gemar bercuti bersama keluarga, dan 19% pula bercuti berkumpulan bersama rakan-rakan.

Destinasi pantai dan pulau mendapat carian tertinggi dengan memperolehi 30% undian. Ini diikuti oleh pengembaraan bandar yang menarik minat 21% pelancong Gen Z. Sementara itu, tapak budaya dan sejarah, dan destinasi beriklim sejuk , masing-masing seri di tempat ketiga dengan 11% sebagai destinasi pilihan pelancong Gen Z.

Fabian Teja, Pengarah Negara untuk Malaysia dan Brunei di Agoda berkata, “Pelancong Gen Z adalah generasi yang tidak boleh dipisahkan daripada teknologi. Sebagai syarikat yang dipacu oleh teknologi, kami telah berkembang dan bukan sahaja menawarkan penginapan malahan tiket penerbangan, aktiviti liburan, dan perkhidmatan perjalanan lain. Ini menjadikan Agoda satu pusat sehenti untuk memudahkan perancangan percutian, dan memastikan semua proses tempahan berjalan lancar dengan harga berpatutan bagi setiap pelancong, tanpa mengira peringkat umur.”

Agoda menawarkan lebih dari 5 juta tempat penginapan di seluruh dunia, tiket penerbangan dan aktiviti liburan. Ia membolehkan pelancong Gen Z meneroka destinasi pilihan mereka sama ada di pantai yang tenang, bandar yang meriah atau destinasi beriklim sejuk yang mereka idamkan. Para pelancong boleh mendapatkan tawaran hebat dan merancang percutian mereka dengan melayari agoda.com atau memuat turun aplikasi Agoda.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.