Amerika Isytihar 8 Kartel Dadah Sebagai Kumpulan Pengganas
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) secara rasmi mengisyiharkan lapan kumpulan kartel dadah sebagai organisasi jenayah.
Pengisytiharan tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Negara AS, Marco Rubio melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman X, hari ini.
Menurut Rubio, kartel-kartel tersebut adalah Tren de Aragua, MS-13, Sinaloa Cartel, Jalisco New Generation Cartel, United Cartels, Northeast Cartel, Gulf Cartel dan Michoacán Family.
“Wujud fakta asas bahawa organisasi-organisasi ini terlibat dalam aktiviti keganasan dan memberi ancaman kepada warganegara dan keselamatan AS,” karta Rubio.
Amerika isytihar beberapa kumpulan kartel dadah sebagai organisasi pengganas
Pengisytiharan tersebut akan didaftakan dalam Pendaftaran Persekutuan dan berkuatkuasa selepas diterbitkan.
Dalam pada itu, NBC News melaporkan bahawa beberapa persoalan kini timbul selepas pengumuman berkenaan dibuat.
Ini termasuklah kemungkinan sekatan kewangan terhadap kartel-kartel berkenaan dan individu-individu yang dikaitkan dengan aktiviti organisasi tersebut.
Bagaimanapun, Jabatan Perbendaharaan AS tidak memberi sebarang respon terhadap komen-komen yang dibangkitkan.
Terdahulu, Donald Trump telah menandatangani satu Perintah Eksekutif yang membuka jalan kepada pengisytiharan ini pada hari pertamanya sebagai Presiden AS.
Dakwa jadi punca kebanjiran dadah berbahaya di Amerika
Menurut NBC News, Trump mendakwa bahawa kartel dadah bertanggungjawab terhadap kempen ketakutan dan keganasan di hemisfera barat.
Ia bukan sahaja mengganggu kestabilan negara-negara yang ada kepentingan kepada AS, tetapi turut membanjiri AS dengan dadah-dadah berbahaya dan kewujudan kumpulan penjenayah ganas serta kejam.
https://x.com/marcorubio/status/1892324012413329817
Setakat ini, tidak jelas sama ada pengisytiharan berkenaan akan membenarkan tindakan ketenteraan diambil untuk menangani ancaman kumpulan-kumpulan kartel tersebut.
BACA: ACLE: Shandong Taishan Tarik Diri
Sumber: Marco Rubio, NBC News