Siakap Keli
biasiswa stem AFS
Kredit: AFS Global STEM Academies

Hebat, Pelajar Sekolah Agama Terima Biasiswa STEM Dari China

Pelajar Malaysia Terima Biasiswa AFS Global STEM Academies 2025 Ke China

Seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad terpilih mewakili negara menerima biasiswa AFS Global STEM Academies 2025.

Nurin Amelyn Imani Aznil Hisham, pelajar Tingkatan 4 itu berjaya melepasi pemilihan yang melibatkan 7,000 pemohon berkelayakan tinggi dari 16 buah negara. Dengan pengurniaan biasiswa ini, Nurin berpeluang menyertai program pertukaran pelajar ke China selama sebulan.

Program ini bertumpu kepada kemahiran STEM kritikal serta pemahaman antara budaya bagi kelestarian global serta pendedahan kepada budaya tempatan.

Difahamkan, Nurin bakal menyertai Fasa Pertama secara dalam talian selama 12 minggu kelolaan bersama AFS dan Pusat Strategi Impak Sosial Universiti Pennsylvania.

Selepas menamatkan Fasa Pertama berasaskan kurikulum maya ini, Nurin bakal terbang ke China dan berada di sana bermula 8 Julai sehingga 4 Ogos

Di sana, peserta berpeluang menyertai khidmat masyarakat serta melihat sendiri operasi tempatan yang berfokus kepada kemampanan dan inovatif. Operasi ini dijalankan oleh syarikat dan organisasi yang menggunakan kemahiran STEM dalam mengatasi cabaran sosial dan industri.

Sebagai maklumat, program ini hanya melibatkan pelajar warganegara Azerbaijan, Brazil, China, Mesir, Hungary, India, Indonesia, Jepun dan Malaysia. Selain itu, pelajar dari Mexico, Singapura, Afrika Selatan dan Sepanyol turut menerima peluang memohon biasiswa ini. Begitu juga pelajar dari Trinidad dan Tobago, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Ketika dihubungi SK, salah seorang guru, Norlilawati Md Nor memaklumkan bahawa permohonan biasiswa ini merupakan inisiatif pelajar sendiri.

BACA: Akrab, Abang Kakak Semua ‘Turun Padang’ Hantar Adik Ke Sekolah

Sumber: Norlilawati Lila, AFS Global STEM Academies

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.