Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penyakit Kusta
Pernah tak anda dengar tentang penyakit kusta?
Semalam, seorang remaja perempuan dilaporkan meninggal dunia manakala lima orang individu lain berada di dalam pemantauan akibat penyakit ini.
Susulan itu, timbul pelbagai persoalan mengenai dari mana datangnya penyakit ini dan bagaimana cara untuk ketahui gejalanya?
Oleh itu, ikuti perkongsian mengenai apa itu penyakit kusta di bawah.
Apa itu penyakit Kusta?

Penyakit kusta atau Hansen’s disease atau nama saintifiknya Leprosy adalah salah satu penyakit kulit berbahaya yang boleh membawa maut.
Difahamkan, penyakit ini berpunca daripada bakteria Mycobacterium laprae dan Mycobacterium lepromatosis, yang menyerang sistem imun badan ketika lemah.
Ditemui pada tahun 1873 oleh seorang saintis, bakeria ini tinggal di dalam sistem tubuh badan manusia sehingga timbul simptom kusta terhadap individu itu dalam tempoh dua hingga ke lima tahun.
Individu yang dijangkiti berpotensi menerima kesan sampingan pada bahagian kulit, saraf, mata, dan laluan rongga hidung.
Bahayanya penyakit ini, ia boleh merebak melalui sentuhan langsung kulit ke kulit antara penghidap dan individu sihat, namun tidak termasuk melalui hubungan seks.
Jenis Penyakit Kusta
Penyakit ini terdiri daripada tiga kategori. Berikut adalah tiga jenis penyakit kusta:
1. Tuberculoid
Tuberculoid adalah antara simptom tahap awal jangkitan yang masih dapat diubati.
Lazimnya, penghidap akan berasa kebas pada permukaan jangkitan seperti tampalan di beberapa bahagian tubuh badan, kerana saraf di kawasan tersebut mula terjejas.
Bagaimanapun, penyakit tuberculoid kurang berjangkit kepada orang lain.
2. Lepromatous
Individu yang disahkan menghidap Lepromatous lazimnya lebih serius. Ini kerana terdapat ‘patches’ dan benjolan pada keseluruhan kulit.
Bahagian seperti hidung, ginjal dan alat sulit lelaki juga berisiko terjejas bagi jenis ini. Malah, ia juga lebih mudah berjangkit berbanding yang lain.
3. Borderline
Sementara itu, jenis ketiga ini mempunyai kedua-dua tanda jenis yang dinyatakan di atas.

Simptom-simptom Penyakit Kusta
Oleh itu, penting untuk setiap individu peka dan memantau gejala ini dari semasa ke semasa agar tidak semakin teruk.
Berikut antara tanda-tanda yang dialami pesakit;
1. Paucibacillary

Simptom tahap awal ini timbul tompokan kemerahan yang tidak melebihi daripada lima, yang kurang deria rasa dan tidk berpeluh.
2. Multibacillary

Tompok-tompok putih kemerahan yang berjumlah lebih daripada lima boleh dilihat merebak ke seluruh badan. Seiring waktu, ia boleh mengakibatkan kehilangan atau kekurangan deria rasa serta rasa kebas. Jangkitan kulit ini juga boleh menyebabkan penebalan pada cuping telinga dan kulit muka, selain mengakibatkan keguguran bulu kening.
Simptom Penyakit Kusta
1. Tompokan pada permukaan kulit.
2. Kulit menjadi kering dan keras.
3. ‘Nodule’ (bonjol) pada permukaan kulit.
4. Ulser yang tidak sakit pada tapak kaki.
5. Bengkak atau benjolan yang tidak sakit pada muka atau cuping telinga.
6. Kehilangan bulu mata atau bulu kening.
7. Kebas.
8. Otot menjadi lemah atau lumpuh.
9. Masalah penglihatan sehingga menyebabkan buta.
10. Hidung tersumbat.
11. Hidung berdarah.
12. Kurang deria rasa.
Komplikasi Jika Tidak Mendapatkan Rawatan
1. Buta.
2. Kecacatan tangan dan kaki.
3. Lumpuh.
4. Kehilangan seluruh bulu kening.
5. Ulser yang membesar dan menjadi kronik sehingga tidak sembuh.
6. Kecacatan hidung yang menjadi bengkok.
7. Jari kaki dan tangan menjadi pendek.
8. Kerosakan saraf menyebabkan sensasi sakit yang melampau.
9. Kulit terasa seolah-olah terbakar.
Pun begitu, penyakit ini masih dapat dirawat sekiranya pesakit mendapatkan rawatan awal selepas didiagnos. Penghidap dapat melakukan bekerja serta menjalani aktiviti harian seperti kebiasaannya.
Diagnosis Dan Rawatan Penyakit Kusta
Rawatan penyakit ini boleh dilakukan dengan ujian calitan permukaan kulit.
Langkah ini bagi menentukan permukaan kulit yang lebih gelap atau lebih cerah daripada warna kulit asal.
Pesakit tidak akan merasakan sakit di kawasan ini meskipun dicucuk dengan jarum untuk merangsang deria rasa sakit.
Cara kedua adalah menjalani ujian histopatologi (biopsi kulit) untuk mengesan bakteria kusta.
Walau bagaimanapun, mana-mana individu dijangkiti yang menerima rawatan awal selama beberapa bulan tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan akan diberikan rawatan insentif lain iaitu Mouse Foot-Pad Technique.
Penghidap kusta akan diberikan ubat jenis antibiotik sebagai pengambilan dalam tempoh masa tertentu, mengikut keberkesanannya. Pesakit boleh sembuh sepenuhnya jika konsisten mengambil antibiotik seperti yang disarankan oleh doktor.

Sumber: Universiti Putra Malaysia, Hello Doktor