Siakap Keli
makam firaun
Sumber: Facebook Ministry of Tourism and Antiquities

Mesir Umum Temui Makam Firaun, Raja Thutmose II

Mesir Umum Temui Makam Firaun, Raja Thutmose II

KAHERAH — Misi arkeologi bersama Mesir-Britain mengumumkan telah menemukan sebuah makam purba berhampiran Luxor dipercayai makam Raja Thutmose II.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pelancongan Mesir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Menterinya, Sharif Fathi berkata, ia merupakan makam pertama firaun yang ditemukan dalam tempoh lebih 100 tahun.

“Makam yang dijumpai dipercayai milik Raja Thutmose II yang dipercayai menjadi makam terakhir semasa Dinasti Raja-raja pada abad ke-18 yang hilang.

“Makan ini merupakan makam firaun pertama selepas penemuan makam Raja Tutankhamun pada tahun 1922,” katanya.

BACA: Rasmi, Ini Spesifikasi iPhone 16e Yang Perlu Anda Tahu

Tambahan lagi,  ahli arkeologi dapat mengenal pasti makam tersebut susulan berdasarkan balang pualam yang ditemui di lokasi dan terukir dengan nama Raja Thutmose II serta isterinya, Ratu Hatshepsut, salah seorang daripada wanita yang pernah memerintah Mesir.

Kumpulan itu juga menemukan serpihan serpihan barangan pengebumian firaun itu termasuk serpihan mortar dengan inskripsi berwarna biru, motif bintang kuning, dan tulisan keagamaan

makam firaun
Sumber: Facebook Ministry of Tourism and Antiquities

Bagaimanapun, akibat banjir yang berlaku tidak lama selepas kemangkatan raja, makam itu umumnya tidak terpelihara dengan baik, tambah kementerian.

Terdapat petunjuk bahawa kebanyakan kandungannya telah dipindahkan, dan usaha untuk menemui semula artifak-artifak tersebut sedang dijalankan.

Fosil Bayi Mamut “Rare” Ditemui Di Siberia

Terdahulu, fosil bayi mamut yang sangat jarang, ditemukan oleh saintis Rusia, di kawasan permafros Yakutia, Siberia, lapor AFP.

Difahamkan, fosil spesies haiwan gergasi purba itu ditemui masih dalam keadaan baik ketika musim panas baru-baru ini.

Fosil mamut betina berusia 50,000 tahun ini diberi nama “Yana”, sempena lembah sungai di mana ia dijumpai.

Pakar menyatakan bahawa “Yana” adalah fosil mamut yang paling terpelihara di dunia dan merupakan salah satu daripada hanya tujuh fosil lengkap yang pernah ditemui.

Walau bagaimanapun, kajian usia sebenar kematian haiwan itu sedang dijalankan, yang dianggarkan sekitar satu tahun atau lebih tua sedikit.

Fosil haiwan gergasi purba itu dipamerkan di Universiti Persekutuan Timur Laut di ibu kota wilayah Yakutsk.

Sumber: Facebook Ministry of Tourish and Antiquities

BACA: Hebat, Pelajar Sekolah Agama Terima Biasiswa STEM Dari China

BACA: Hukum Batal Puasa Ganti Ramadan, Ini Penjelasan Mufti WP

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.