Rasmi, Ini Spesifikasi iPhone 16e Yang Perlu Anda Tahu
Seperti yang diketahui, syarikat Apple telah mengumumkan keluaran model terbaharu mereka iaitu iPhone 16e baru-baru ini.
Sudah tentu, ramai yang tertanya-tanya mengenai harga dan spesifikasi yang ditawarkan oleh model terbaharu telefon ini dalam siri 16.
Tanpa membuang masa, ikuti perkongsian di bawah;
Harga
Perkara pertama yang terlintas difikiran sudah tentunya berapa harga untuk model iPhone 16e?
Model iPhone 16e menawarkan harga bermula dari RM2,999 hingga RM 4,499 dalam tiga varian storan.
128 GB – RM2,999
256 GB – RM3,499
512 GB – RM4,499
Warna
Terdapat dua varian warna yang ditawarkan pada model ini iaitu hitam dan putih.
Skrin

Skrin iPhone 16e ini menggunakan skrin jenis Super Retina XDR (OLED) dengan paparan berukuran 6.1-inci dengan resolusi 2532×1170.
Kadar kecerahan pula mencapai 1,200 nits.
Tidak seperti keluarga (siri) 16 yang lain, 16e menggunakan notch berbanding Dynamic Island. Walau bagaimanapun, kadar frame rate iPhone 16e hanya 60Hz.
Kamera
Beralih ke kamera, 16e hadir dengan satu kamera belakang utama 48MP f/1.6 dengan OIS, 12MP dengan 2x zoom menggunakan kaedah sensor cropping.
Bagi kamera belakang, ia terdiri daripada fungsi seperti Photonic Engine, Deep Fusion, mod Potret dengan kawalan depth, Spatial Audio dan rakaman stereo.
Kamera utama pula mampu merakam pada resolusi video 4K dengan Dolby Vision sehingga 60fps dan rakaman gerka perlahan (slowmo) 1080p pada 240fps.
BACA: Stadium Sultan Ibrahim Venue Pilihan Aksi Malaysia Menentang Nepal
Pun begitu, ia tidak menyokong mod “Action” untuk rakaman lagi stabil dan mod sinematik.
Jangan risau, bagi mereka yang gemar dengan fungsi Face ID, iPhone 16e juga menawarkan fungsi ini.
Spesifikasi
Model ini hadir dengan cip pemprosesan terkini A18, ciri perisian Apple Intelligence, serta iOS 18.
Walau bagaimanapun, tidak seperti iPhone SE yang menyokong kad SIM fizikal, iPhone 16E menandakan peralihan penuh Apple kepada sambungan selular berasaskan eSIM.
Menariknya lagi, iPhone 16e hadir dengan satu kamera dan menggunakan butang “Action” berbanding butang boleh laras untuk mod senyap.
Selain itu, model ini juga tidak menggunakan port pengecasan lightning. Ia didatangkan dengan port pengecasan USB-C.
Bateri
Beralih ke jangka hayat bateri, iPhone 16e dikatakan mempunyai jangka hayat sehingga lebih 26 jam (video), lebih 21 jam (video stream) dan lebih 90 jam (audio).
Apple mendakwa, model terbaharu ini dapat mengecas 0 peratus hingga 50 peratus dalam masa 30 minit dengan adapter pengecasan 20w.
Bagi mereka yang ingin melakukan pratempah, akan dibuka seawal 21 Februari 2025 dan akan dijual secara rasmi pada Jumaat minggu depan, 28 Februari 2025.
Untuk mengetahu dengan lebih lanjut, boleh layari lawam web rasmi Apple atau tonton video di bawah.
Sumber: Apple