Siakap Keli

Skechers Lancar Koleksi GOwalk® Max Cushioning® Arch Fit® – Gabungan Keselesaan Terunggul

Skechers, jenama terkenal dalam teknologi kasut selesa, kini memperkenalkan Koleksi GOwalk® Max Cushioning® Arch Fit®, gabungan Hands Free Slip-ins®, Arch Fit®, Max Cushioning®, dan HYPER ARC™ dalam satu kasut buat pertama kali.  Kasut ini direka untuk pemakaian mudah, sokongan terbaik, dan kusyen maksimum bagi pengalaman berjalan yang lebih selesa.

Kini boleh didapati dalam tujuh rekaan eksklusif untuk lelaki dan wanita di kedai Skechers terpilih, dengan pelancaran rekaan baharu pada Mac 2025. Tiga rekaan lelaki menerima Sijil Pengiktirafan APMA, membuktikan komitmen Skechers terhadap kesihatan kaki.

Skechers Slip-ins®: GOwalk® Max Cushioning® Arch Fit® | RM499

Lupakan masalah ikatan tali dan nikmati keselesaan maksimum dengan teknologi:

Hands Free Slip-ins® – Sarung terus tanpa perlu membongkok.
Arch Fit® – Sokongan diperakui podiatris berdasarkan kajian 20 tahun.
Max Cushioning® – Kusyen ultra ringan untuk pemakaian sepanjang hari.
HYPER ARC™ – Teknologi tapak adaptif untuk langkah lebih lancar.

  • Wanita: Tersedia dalam warna Black, Grey Aqua, Navy, dan Lavender, dilengkapi Heel Pillow™ untuk keselesaan serta insole boleh tanggal Arch Fit®.
  • Lelaki: Akan dilancarkan pada Mac dalam warna Taupe, Charcoal, Red, Black White, Navy White, dan Black White Orange dengan rekaan knit tanpa tali untuk sarung lebih mudah.

GOwalk® Max Cushioning® Arch Fit® | RM479

Bagi yang gemarkan rekaan lace-up, model ini menampilkan material vegan, boleh dibasuh mesin, serta insole Arch Fit® boleh tanggal, kusyen ULTRA FLIGHT®, dan teknologi HYPER ARC™ untuk pergerakan lebih efisien.

  • Lelaki: Tersedia dalam warna Black, Red, Navy, dan White Black.

Koleksi GOwalk® Max Cushioning® Arch Fit® kini boleh didapati di butik Skechers terpilih seperti Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX, dan 1 Utama. Bermula Mac, koleksi ini juga boleh dibeli secara online di Shopee, Lazada, dan skechers.com.my.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.