Siakap Keli
buaya mid valley
Kredit: Alex Wee

Tular Buaya Dikesan Di Sungai Berdekatan Mid Valley

Tular Buaya Dikesan Di Sungai Berdekatan Mid Valley

Seekor buaya telah dikesan di Sungai Klang berdekatan Mid Valley pada Khamis, lapor Bernama Radio.

Video yang memaparkan buaya itu juga tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Menurut Bernama Radio, kehadiran buaya di sungai tersebut telah disahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM).

https://x.com/Bernama_Radio/status/1892469185483043198

Anggota APM dan juga Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah memasang perangkap buaya di sungai tersebut pada petang tadi.

Mereka juga turut dibantu oleh anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Terdahulu, seekor buaya juga telah dikesan di kawasan sekitar Sungai Masjid Jamek dan disahkan oleh Perhilitan.

Sumber: Bernama Radio

BACA JUGA: Buaya Dikesan Sekitar Sungai Masjid Jamek

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.