Cili Kampung Menyambut Ramadan Dengan Hidangan Berbuka Puasa Di Setiap Cawangan
KUALA LUMPUR, 20 Februari 2025 – Ramadan semakin hampir dan Cili Kampung bersedia menjadikan Iftar tahun ini lebih istimewa! Dengan lima cawangan yang beroperasi di seluruh Malaysia (dan dua cawangan yang akan dibuka tidak lama lagi!), Cili Kampung melancarkan barisan promosi eksklusif Ramadan yang lazat dengan meraikan kepelbagaian rasa masakan autentik Melayu.
Cili Kampung menyediakan set menu yang ada untuk semua lapisan masyarakat daripada hidangan istimewa ala carte yang lazat kepada bufet Ramadan dan juga set menu makan tengah hari. Sama ada anda merancang jamuan keluarga besar atau majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan, Cili Kampung adalah tempat yang sesuai untuk Ramadan ini.
Jamuan untuk Setiap Majlis
‘Jom Berbuka Puasa Bersama’
Menu ala carte istimewa yang direka khas untuk bulan Ramadan, tersedia pada hari-hari tertentu di Cili Kampung @ Hartamas Shopping Centre, Suria KLCC, The Light Hotel (Pulau Pinang) & One Utama Shopping Center(akan dibuka tidak lama lagi).
Hidangan seperti Nasi Hujan Panas, Ayam Bakar Percik, Rendang Itik Salai, Tulang Rusuk Bakar, Bandung Lychee, Teh Madu dengan Nyior Ice Cream dan banyak lagi!
Boleh didapati di:
- Suria KLCC – Setiap hari
- The Light Hotel (Pulau Pinang) – Setiap hari
- One Utama (pasca pembukaan) – Setiap hari
- Hartamas Shopping Centre – Isnin hingga Khamis sahaja
‘Selera Iftar Ramadan Buffet’
Barisan bufet yang menghidangkan lebih daripada 45 jenis hidangan, lengkap dengan stesen memasak secara langsung, aneka kuih muih dan juadah tradisional ala kampung. Para tetamu juga akan menerima dua hidangan utama percuma dan satu hidangan sampingan untuk dinikmati di restoran atau dibawa pulang.
Harga:
- Early Bird Deal (tempah sebelum 28 Mac):
o RM 118 (Dewasa) | RM 60 (Warga Emas) | RM 58 (Kanak-kanak)
- Harga Biasa:
o RM 138 (Dewasa) | RM 78 (Warga Emas) | RM 68 (Kanak-kanak)
Tersedia hanya di:
- Hartamas Shopping Centre (31hb Feb – 31hb Mac, Jumaat – Ahad sahaja, 6 petang sehingga tutup).
- Alamanda Shopping Centre (31hb Feb – 31hb Mac, 6 petang sehingga tutup).
‘Set Muhibah’ –Makanan Istemewa Tengahari
Cili Kampung menawarkan set makan tengah hari eksklusif Ramadan dengan setiap set hidangan individu daripada hanya RM 32, menampilkan hidangan seperti Masak Lomak Ayam, Daging Lembu, Bendi dan Kari Kampung Udang, digandingkan dengan nasi, sayur sayuran dan minuman yang menyegarkan.
Tersedia setiap hari (12PM – 4PM) di semua cawangan (Kecuali Alamanda)!
Berkembang Lebih Besar & Lebih Baik – Cawangan Baharu di One Utama & Sunway Pyramid! Cili Kampung melebarkan sayap! Pembukaan besar One Utama Shopping Centre tidak lama lagi dan tidak lama kemudian, Sunway Pyramid akan mengalu-alukan masakan Melayu asli Cili Kampung. Nantikan pengumuman pembukaan daripada platform sosial media @cilikampungmy!
Buat Tempahan Anda Sekarang!
Sama ada jamuan bufet, makan tengah hari yang lazat, atau juadah berbuka puasa pilihan, sajian Ramadan di Cili Kampung tidak boleh dilepaskan. Tempah awal untuk mendapatkan tempat anda dan nikmati promosi istimewa!
Untuk tempahan dan pertanyaan, layari www.cilikampung.com atau ikuti kami di Instagram & Facebook untuk maklumat terkini.