Siakap Keli
kopetro bufet ramadan

KOPETRO Catering Tampilkan Lebih 100 Menu Bufet Ramadan Citarasa Nostalgia

KOPETRO Catering Tampilkan Lebih 100 Menu Bufet Ramadan Citarasa Nostalgia

Bufet berbuka bawah RM100, KOPETRO Catering tampilkan lebih 100 menu bufet Ramadan Citarasa Nostalgia, imbau kenangan silam. 

Membawakan pengunjung mengimbau semula rasa autentik dari zaman silam sambil menikmati pengalaman menjamu selera yang eksklusif dalam suasana yang elegan, KOPETRO Catering mengenengahkan bufet Ramadan Citarasa Nostalgia dengan pelbagai hidangan tradisional Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata, “Citarasa Nostalgia” diangkat sebagai tema bagi menggambarkan sebuah pengalaman yang  mengimbau kembali nostalgia dan kenangan indah bulan Ramadan. 

kopetro bufet ramadan

Bufet Ramadan yang akan bermula pada 3 Mac itu bakal menampilkan lebih 100 menu yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional serta masakan ibunda. 

“Kami menyediakan pelbagai hidangan tradisional yang telah menjadi kegemaran ramai, dengan sentuhan moden untuk meningkatkan lagi kelazatannya. Suasana yang dibentuk juga membawa tetamu merasai kemeriahan dan keberkatan bulan Ramadan bersama orang tersayang,” katanya. 

Tambahnya lagi, ini merupakan kali pertama pihaknya menganjurkan juadah Ramadan,  dia berharap agar harga yang ditawarkan di bawah RM100 ini dapat memberikan pengalaman bermakna buat keluarga untuk menikmati hari berbuka bersama. 

“Ini adalah kali pertama kami menganjurkan buffet Ramadan di venue ini dan kami  berharap dapat memberikan pengalaman yang istimewa kepada para pelanggan. Kami berharap dapat mencipta kenangan manis untuk keluarga dan rakan-rakan yang datang  berbuka puasa bersama,” kongsinya. 

Awan Space Heritage Hall terletak dalam sebuah bangunan baharu yang strategik, berdekatan dengan jalan utama menuju Kuala Lumpur dan Gombak. Dengan kawasan parkir yang luas serta kemudahan lengkap, dewan ini mampu menampung sehingga  320 orang dalam satu masa. 

“Kami memilih venue ini kerana suasana yang tenang dan selesa, sesuai untuk  menjamu para tetamu dalam suasana yang penuh keceriaan. Selain itu, lokasi yang strategik dan kemudahan yang disediakan juga sangat memudahkan pelanggan untuk  menikmati hidangan dengan selesa,” jelasnya lagi. 

Dengan persekitaran yang diilhamkan dengan menampilkan kekayaan rasa nostalgik masakan tradisional Malaysia serta pengalaman menjamu selera yang mesra, tawaran harga serendah RM50 bagi kanak-kanak dan RM75 bagi dewasa pastinya cukup berbaloi dengan lebih 100 menu setiap hari. 

kopetro bufet ramadan

kopetro bufet ramadan

Menu Istimewa :

Ayam Golek Berperisa Oriental dihidangkan dengan Sos Istimewa, Kambing  Goreng Berempah bersama Kentang Panggang. 

Sup Harian: Sup Ayam Kampung, Sup Tulang Rawan, dan lain-lain.

Pasta Istimewa: Spaghetti Tomato Basil. 

Sudut Pencuci Mulut: Pengat Keledek Manis, Bubur Pulut Hitam, aneka biskut, kek,  pastri & kuih-muih tradisional. 

Sudut Nostalgia: Gula-gula zaman kanak-kanak, Aiskrim Malaysia, Air Botol Longchan,  aneka biskut tin. 

Minuman: Pelbagai Air Balang & minuman panas. Bufet ini akan bermula dari 3 hingga  28 Mac ini. Dapatkan tawaran pada harga yang lebih rendah dengan tempahan awal  sebelum 28 Februari. 

Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi talian 019-257 7851 (Syikin), 017-527 7533  (Ridzuan), 011-1126 1866 (Fahmi), 010-400 4887 (Mamu) atau klik link di https://bit.ly/buffetcitarasanostalgia!

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.