Siakap Keli
murid bawa balik makanan
Kredit: Mira

Murni Hati Murid 7 Tahun, Tak Lupa Bawa Balik Makanan Untuk Adik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Murni Hati Murid 7 Tahun, Tak Lupa Bawa Balik Makanan Untuk Adik

Melihat anak yang perlahan-lahan membesar di depan mata, dari menyusu hingga pandai berjalan sendiri, kadang-kala membuatkan kita terleka. Sedar tak sedar, jiwa seorang anak itu juga turut menjadi matang walaupun tubuh badan mereka masih setahun jagung.

Antara peringkat umur yang dilalui oleh anak, kenangan langkah-langkah pertama menuntut ilmu dan belajar berdikari tanpa bantuan ibu bapa merupakan kenangan termanis buat ibu bapa.

Dalam lambakan rakaman dan perkongsian gelagat anak-anak kecil Tahun Satu memulakan perjalanan hidup mereka di alam persekolahan, satu rakaman tular di TikTok yang membuatkan ramai tersentuh hati. Bukan kisah sedih, bukan jua kisah drama.

Rakaman perkongsian Mira, seorang ibu kepada salah seorang murid Tahun Satu ini buatkan warga maya terkenang jiwa dan hati nurani anak masing-masing ketika masih kecil.

Menerusi rakaman berdurasi 37 saat itu, di kejauhan, seorang murid lelaki sedang berjalan kaki merentasi padang berdekatan kawasan meletak kereta. Sambil memegang beberapa bungkusan makanan, murid berkenaan berjalan perlahan menuju ke arah ibunya. Di kala terpandang dua orang adik yang berlari ke arahnya, murid tersebut menghulurkan dua bungkus makanan.

Hati ibu mana yang tidak tersentuh melihat kemurnian jiwa nurani anak kecilnya yang semakin matang.

“Semalam dia bawa plastik tu satu je, berebut dengan adik-adik. Hari ni dia bawa tiga beli untuk adik-adik dia sekali. Dia kata Ayyan belanja Meyya ngan Adell.

“Mami terharu. Hmm kecil-kecil dah pandai ingat dekat adik-adik dia. Simpan sini buat kenangan nanti Ayyan dah besar boleh tengok balik,” luah Mira.

@nuramirah113

Semalam dia bawak palastik tu 1 jee berebut gn adik2 dia arini dia bawak 3 beli untukk adik2 dia skali dia kataa, ayyan belnja meyya gn adellšŸ„¹ mami terharuu hm kecik2 dh pandaii ingat kt adik2 diašŸ„²#simpansinibuatkenangan nntiy ayyan dh besar boleh tgok balik šŸ« 

ā™¬ Salju Kasih Nya – Siti Nurhaliza

Melihat gelagat ketiga-tiga anak kecil ini, warga maya tidak hanya memuji hati budi abang sulung itu. Malah, mereka turut menitipkan doa dan ucapan buatnya.

“Tolong peluk dia sis, kata dia dah buat yang terbaik untuk adik-adik dia. Saya fahami dia sebagai anak sulung,” ucap seorang warga maya.

“Terima kasih, abang sebab buat mak cik menangis pagi-pagi ni. Jadi abang yang baik sampai bila-bila ya. Jaga adik-adik ya abang,” ucap seorang lagi.

“Mula-mula beli untuk diri sendiri. Balik tengok adik-adik minta, esok tu dia belikan. Begitulah anak sulung penghuni rahim pertama mama,” kongsi seorang warga maya.

“Sama seperti anak saya. Beli untuk saya sepotong ayam gunting. Balik rumah cakap, adik beli untuk mama, tapi mama dia dah keluar air mata sebak. Masya-Allah, baiknya anak mama. Ya Allah, jagalah anak-anak kami di sekolah,” doa seorang warga maya yang lain.

BACA:Ā Akrab, Abang Kakak Semua ā€˜Turun Padangā€™ Hantar Adik Ke Sekolah

Sumber: TikTok @nuramirah113

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: