Siakap Keli
neko missions aeon bank

Neko Missions AEON Bank Terajui Program Kesetiaan Interaktif Perbankan Digital Pertama Di Malaysia

Neko Missions AEON Bank Terajui Program Kesetiaan Interaktif Perbankan Digital Pertama Di Malaysia

Kuala Lumpur, 20 Februari 2025 – AEON Bank tampil sebagai perintis yang memperkenalkan program setem kesetiaan interaktif berasaskan gamifikasi yang pertama di Malaysia bagi sektor perbankan digital menerusi “Neko Missions”. Program tersebut direka khas untuk mempertingkatkan keterlibatan pengalaman pelanggan serta menceriakan rutin perbankan digital mereka apabila melakukan transaksi harian.

Ciri terbaharu ini dibangunkan dengan sinergi bersama ekosistem keseluruhan Kumpulan AEON, termasuklah dengan kerjasama rakan niaga seperti ZUS Coffee dan Tealive. Usaha AEON Bank dalam mempromosikan transaksi tanpa tunai turut dioptimumkan dengan kolaborasi bersama PayNet menerusi program DuitNow QR x Neko Missions.

Terdahulu, AEON Bank telah mengintegrasikan Program Mata Ganjaran AEON ke dalam aplikasi perbankan digitalnya, memberikan ganjaran kepada pelanggan yang berbelanja di rangkaian AEON seluruh negara. Integrasi tersebut menjadikan AEON Bank satu-satunya bank di Malaysia yang menggabungkan program kesetiaan runcit dalam aplikasi perbankan mudah alihnya.

“Perbankan digital berpotensi menjadi lebih daripada sekadar alat pembayaran dan transaksi. Kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman perbankan digital dengan mengoptimalkannya sebagai platform interaksi antara pelanggan dan jenama F&B kegemaran mereka serta pedagang runcit pilihan. Neko Missions diharapkan dapat menceriakan pengalaman membeli-belah harian para pelanggan, serta menjadikannya lebih dinamik. Kami akan terus memperkembangkan program kesetiaan tersebut dan melalui Neko Missions, AEON Bank akan meneroka kerjasama dan sinergi dengan  lebih ramai rakan niaga dalam ekosistem kami, sambil memanfaatkan keunikan USP jenama masing-masing serta memaksimumkan kesemendaan pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank (M) Berhad, YM Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz.

Sedia, Mula, Meowww!

neko missions aeon bank

Neko Missions yang baharu ini ini membawa keterujaan dengan ganjaran menarik bagi setiap transaksi digital pelanggan. Setem maya Neko Paws” boleh dikumpul melalui aplikasi AEON Bank dengan menekan ikon ‘Ganjaran’ dan melengkapkan Neko Missions.

Kini, Neko Missions menampilkan dua kolaborasi utama, iaitu ZUS Coffee dan DuitNow QR oleh PayNet. Dari sekarang hingga 31 Mac 2025, setiap transaksi Neko Missions x DuitNow QR RM20 dan ke atas melalui akan melayakkan pelanggan mengumpul 1 Neko Paw (maksimum 2 sehari). Set lengkap 10 Neko Paws boleh ditebus dengan 1,000 Mata AEON (bersamaan RM5) menerusi aplikasi AEON Bank.

Pengarah Kanan Komersial PayNet, Azrul Fakhzan B. Mainor, berkongsi: “Kerjasama strategik kami dengan AEON Bank memperkukuh landskap pembayaran digital Malaysia dengan menawarkan pengalaman transaksi yang lancar, selamat, dan bermanfaat. Melalui Neko Missions, kami mengintegrasikan insentif dalam transaksi harian, menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk beralih kepada pembayaran tanpa tunai sambil menikmati ganjaran yang bermakna. Ini bukan sahaja mempertingkatkan keterlibatan pelanggan, tetapi juga mempercepat peralihan ke arah ekonomi yang lebih berhubung, inklusif, dan berdaya digital.”

Manakala, untuk Neko Missions x ZUS Coffee pula, dari sekarang hingga 31 Mei 2025, pelanggan hanya perlu menggunakan Kad Debit-i AEON Bank untuk membayar pembelian di ZUS Coffee (minima RM7) bagi mendapatkan 1 Neko Paw. Setelah mengumpul 6 Neko Paws, ganjaran boleh ditebus melalui aplikasi ZUS Coffee. 

neko missions aeon bank

Neko Missions seterusnya bakal menawarkan lebih banyak ganjaran menarik melalui kerjasama dengan rakan runcit seperti myAEON2Go, AEON Fantasy, Tealive, Sisters Crispy Popiah, dan banyak lagi.

Selain itu, pelanggan juga digalakkan menggunakan Kad Debit-i Visa AEON Bank untuk pembayaran di kedai fizikal dan dalam talian bagi mengumpul lebih banyak Mata AEON, yang boleh ditebus dalam bentuk tunai melalui aplikasi AEON Bank. Pelanggan juga boleh menyertai Program Rujukan “Share-Share Lah” AEON Bank, di mana setiap kali mereka merujuk seorang rakan atau ahli keluarga untuk membuka Akaun Simpanan-i AEON Bank, mereka akan menerima 1,800 Mata AEON bernilai RM9.

AEON Bank kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan perbankan digital yang mudah diakses, selamat dan patuh Syariah untuk rakyat Malaysia. Dengan menggabungkan penyelesaian kewangan digital dan tawaran gaya hidup melalui Neko Missions dan Program Mata AEON, AEON Bank terus menerajui pengalaman perbankan digital yang lebih dinamik.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web AEON Bank atau tekan ikon ‘Ganjaran’ di aplikasi AEON Bank. Imbas kod QR di bawah untuk memuat turun aplikasi AEON Bank dan mula mengumpul ganjaran anda hari ini!

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.