Siakap Keli
bila takdir melarang cinta

Perebutan Kuasa Dua Keluarga Mafia Lahirkan Bibit Cinta Dalam “Bila Takdir Melarang Cinta”

Perebutan Kuasa Dua Keluarga Mafia Lahirkan Bibit Cinta Dalam “Bila Takdir Melarang Cinta”

KUALA LUMPUR, Februari 2025 – Bagaimana jika takdir menemukan cinta didalam dunia  yang didominasi oleh kuasa, dendam dan pengkhianatan? Jawapannya ada dalam “Bila Takdir  Melarang Cinta“, drama bersiri iQIYI Original penuh aksi dan emosi ini bakal membawa penonton ke dalam dunia “underground” yang penuh bahaya, di mana dua hati terperangkap  dalam cinta penuh konflik dan mustahil digapai. Penstriman akan bermula secara eksklusif di platform iQIYI pada 14 Februari 2025

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fadlan Hazim, Nadia Brian, Afiq Muiz, Eddy  Syahir, Yaakob Abdul Aziz, Dato’ Eizlan Yusof, Zarynn Min, Hanna Halim, Faizul SyaharinAdam Shahz dan Shatirah Amanda, drama ini diarahkan oleh pengarah Shuhaimi Zulkefli,  terbitan Metrowealth dan hasil pena kreatif oleh penulis Keetan Brenan. 

Rayyan & Hawa – Cinta Terlarang Dunia Kongsi Gelap 

bila takdir melarang cinta

Di sebalik kesibukan kota Kuala Lumpur, dua kartel jenayah terbesar—keluarga Salim dan  keluarga Borhan—bergelut merebut kuasa. 

Rayyan (lakonan Fadlan Hazim), anak kepada Salim tekad untuk keluar dan tidak mengikut jejak  langkah bapanya, merancang untuk melepaskan diri dari kegelapan yang membelenggu  hidupnya. Menurut Fadlan Hazim, “Walaupun Rayyan adalah seorang mafia, dia tetap  berpegang teguh dengan prinsip hidupnya walaupun dia adalah anak kepada ketua mafia.” 

Mengulas mengenai keunikan watak Rayyan, beliau menambah, “Watak Rayyan ni lain  daripada yang lain kerana dia mendambakan kehidupan tanpa jenayah, walaupun dia tahu dia  akan berdepan risiko dengan menentang bapanya sendiri, yang merupakan Ketua Kartel  terbesar di Malaysia.” 

Hawa (lakonan Nadia Brian), pewaris keluarga Borhan pula bercita-cita untuk mengubah  perniagaan gelap bapanya dan mencari tempat di dalam dunia kejam dan penuh dusta. Ketika  diajukan soalan mengenai harapan Nadia Brian terhadap watak Hawa, “Saya harap semua  wanita di luar sana dapat memahami isi hati Hawa dalam drama ini dan kenapa dia sanggup  lakukan perubahan dalam hidupnya demi keluarga.” 

Namun, apabila sebuah perjanjian damai bertukar menjadi serangan berdarah akibat  pengkhianatan, konflik mula tercetus. Tanpa disedari, Rayyan telah melindungi Hawa—musuh  yang sepatutnya dibenci.. Di tengah-tengah hujan peluru dan rahsia yang semakin tersingkap, perasaan cinta yang tak sepatutnya mula wujud. Namun, dalam dunia di mana kepercayaan  adalah nilai paling berharga, mampukah mereka bertahan melawan takdir?  

En. Jony Deng, Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura berkata, “Bila Takdir Melarang  Cinta bukan sekadar drama cinta biasa, ia penuh dengan aksi, emosi dan dilema yang pasti  akan membuatkan penonton teruja. Dengan plot yang mendebarkan, barisan pelakon yang  mantap dan kisah cinta yang diuji oleh kepercayaan, dendam dan pengorbanan, saya yakin  drama ini akan menjadi kegemaran ramai. Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya hanya  di iQIYI!” 

Tayangan Perdana Di iQIYI 

Saksikan drama iQIYI Original terbaru “Bila Takdir Melarang Cinta” secara eksklusif di semua  platform iQIYI bermula 14 Februari 2025.  

Langgan iQIYI VIP sekarang dan tonton episod baru tanpa gangguan iklan dalam kualiti  berdefinisi tinggi dan bersedia untuk menyelami kisah epik yang akan membawa anda ke dunia  penuh konflik, ketegangan dan keazaman dalam mempertahankan cinta! 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari laman media sosial rasmi iQIYI atau  ikuti media sosial rasmi drama ini.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.