Siakap Keli
bakau pulau tuba

Kumpulan AmanahRaya Bantu Lestari Ekosistem Menerusi Penanaman 150 Pokok Bakau Di Pulau Tuba

Kumpulan AmanahRaya Bantu Lestari Ekosistem Menerusi Penanaman 150 Pokok Bakau Di Pulau Tuba

Pulau Tuba Langkawi, 22 Februari 2025 – Seramai 60 Sukarelawan Kumpulan AmanahRaya hari ini telah melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi tahun 2025 menerusi program ‘AmanahRaya CareSave Tuba, Love Tuba’. 

Program yang dirangka bertujuan untuk menyokong aktiviti pemeliharaan ekosistem bakau, selain membantu komuniti Pulau Tuba ini merupakan inisiatif bersama Amanah Raya  Berhad (AmanahRaya), sebuah agensi milik penuh Kerajaan di bawah Kementerian  Kewangan Malaysia dan AmanahRaya Trustees Berhad (AmanahRaya Trustees), Anak  Syarikat milik AmanahRaya. 

bakau pulau tuba

Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan AmanahRaya, Tuan Jack Yap Ngee Heong dalam ucapannya menyatakan bahawa Pulau Tuba, yang mempunyai kira-kira 5,000  penduduk, dipilih sebagai lokasi bagi program CSR pada kali ini kerana keunikan dan kepentingannya sebagai destinasi ekopelancongan dengan keindahan alam semulajadi  yang penuh dengan flora dan fauna yang perlu dipelihara.  

‘Saya berharap usaha yang dilakukan hari ini akan memberikan impak yang berkekalan  kepada komuniti dan alam sekitar di Pulau Tuba, serta menjadi sumber inspirasi kepada  syarikat korporat lain untuk melaksanakan lebih banyak lagi inisiatif CSR pada masa  hadapan,’ ujar beliau. 

Selain itu, Zakat Wakalah dengan jumlah RM40,000.00 turut diagih kepada sembilan puluh (90) penerima bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. Manakala, AmanahRaya Trustees pula menyerahkan sumbangan Waqaf berjumlah RM50,000.00 kepada Masjid Bagan Nyior bagi menaik taraf bumbung masjid  berkenaan. 

bakau pulau tuba

bakau pulau tuba

Kumpulan AmanahRaya terpanggil untuk menyokong usaha Lembaga Pembangunan  Langkawi (LADA) yang merupakan agensi pelaksana bagi projek Kampung Angkat Madani, kerana ianya selari dengan komitmen AmanahRaya bagi memelihara kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia menerusi program-program CSR ‘Give Back to the  Community’ yang berteraskan elemen Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.